Dakwa terdesak hingga jadi ‘zombie’, Choi Yi Hyun Netflix ‘All of Us Are Dead’ balas komen Yoo In Soo di instagram

Yoo In Soo memuatnaik gambarnya sedang mengenakan mekap ‘zombie’ di samping Choi Yi Hyun menerusi instagram-nya pada 6 Feb 2022 hari ini.

Dengan kapsyen yang pendek, Yoo In Soo menulis, “Aku terdesak. Aku berada di pihak yang sama”. Foto yang diambil ketika penggambaran drama Netflix All of Us Dead itu merujuk kepada sekumpulan budak sekolah bertukar menjadi ‘zombie’ manakala separuhnya masih normal belaka. Mereka digelar sebagai ‘jeongbi’.

Choi Yi Hyun menarik perhatian dengan menulis komen di bawah, “Betulkah ker di pihak sama?” manakala rakan pelakon lain, Kim Bo Yoon pula menulis, “Bukan di pihak sama. Tapi, memang dia di pihak kami.”

Drama ‘All of Us Dead’ semakin menongkah populariti di seluruh dunia, kini berada di kedudukan no.1 dalam tontonan di Netflix.

Sumber: moneytoday

loading...