Kibum (Key) SHINee buat UEE tergamam selepas ‘mengajuk’ ikut gaya IVE menari

Key, nama sebenarnya Kim Ki Bum daripada SHINee telah membuatkan UEE tergamam tak terkata setelah cuba mengajuk mengikut gaya IVE menari di dalam tvN Amazing Saturday.

Di dalam teaser terbaru rancangan realiti tv itu, Key diarahkan untuk menari mengikut lagu yang dipaparkan di skrin. Kebetulan yang lagu tersebut ialah ELEVEN nyanyian asal kumpulan IVE.

Sebaik saja Key SHINEE cuba mengajuk gaya tarian IVE itu, UEE tergamam sehingga mulutnya terbuka untuk seketika. Rakan seangkatan Key, Taeyeon SNSD turut sama terpaku.

Key yang berjaya menyelesaikan tugasannya dengan baik sekali telah menyebabkan netizen mempersoalkan samada penyanyi itu pernah mempelajari koreografi ELEVEN atau tubuhnya sendiri mengajuk cara tarian IVE itu secara automatik.

tvN Amazing Saturday dianggotai oleh Shin Dong Yup, Hanhae, Key Shinee dan Taeyeon SNSD. Episod terbaru tvN Amazing Saturday itu menampilkan UEE dan Son Naeun Apink sebagai tetamu undangan dan bakal ditayangkan pada 5 Feb 2022 ini.

Sumber: N/A

loading...