Leo dan N VIXX Sertai Larian Obor Sempena Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018

Seorang lagi ahli kumpulan VIXX telah dipilih untuk larian membawa obor pada Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018!

Pada 8 Oktober, Leo VIXX berkongsi berita baik itu dengan peminat menerusi akaun Instagramnya. Dia menulis, “Saya Akhirnya saya berpeluang mengatakan tentang ini ~ saya [telah dipilih] untuk sertai larian membawa obor  bagi Larian Obor Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018. Saya, Leo, juga akan mencuba yang terbaik semasa larian membawa obor nanti. “

Sebelum itu, pada September lepas rakan Leo, N yang juga kumpulan VIXX memaklumkan bahawa dia juga akan menyertai larian membawa obor ini.

N dan Leo VIXX
Antara terlibat dalam Larian Obor PyeongChang 2018

Larian Obor ini akan disertai oleh 7,500 pelari pembawa obor secara keseluruhan. Antara pembawa obor  lain yang terlibat termasuk Jeong Jinwoon 2AM, Jinusean’s Sean, atlet bola sepak Cha Bum Kun dan Cha Du Ri, atlet lawan pedang(fencer) Park Sang Young, pelari maraton Lee Bong Ju, dan jurugambar Cho Sae Hon.

Semasa perasmian Larian Obor PyeongChang 2018

Pelancaran Larian Obor  Olimpik PyeongChang 2018 akan bermula di Olympia, Greece pada 24 Oktober dan obor akan tiba di Korea pada 1 November. Ia akan diserahkan dari kumpulan pelari kepada kumpulan pelari yang lain di setiap checkpoint kerana ia bergerak sejauh 2,018 kilometer (kira-kira 1,254 batu) di seluruh negara. Larian Obor ini akan berakhir pada 9 Februari sebagai tanda kemuncak permulaan Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018.

sumber : PyeongChang2018 1 , 2 & Korea Times

Info tambahan:

Leo Vixx merupakan seorang yang aktif bersukan. Sebelum bergelar idol, dia seorang pemain bola sepak dan aktif juga dalam sukan Taekwando, Tinju dan renang. Pernah menyertai pasukan kebangsaan bola sepak Junior Korea (2004 – 2007).

Berkaitan larian obor PyeongChang 2018

loading...