[Gempar] Huang Xiaoming & Angela Baby sah bercerai selepas 6 tahun melayari bahtera bersama

 

Huang Xiaoming dan Angela Baby disahkan bercerai selepas kedua-duanya membuat pengumuman tersebut pada hari ini, 28 Jan 2022 di laman weibo milik masing-masing.

“Bersyukur atas segala-galanya yang berlaku dahulu, kami tetap satu sekeluarga di masa depan,” tulis mesej berkenaan.

Kedua-duanya tetap tidak akan melepaskan tanggungjawab bersama menjaga satu-satunya anak kesayangan mereka, Little Sponge yang kini berusia 5 tahun.

Khabar angin kedua-duanya tidak lagi duduk bersama telah bertebaran sejak tahun 2019 lagi apabila netizen menyedari Angelababy tidak memakai cincin perkahwinan mereka. Pada April 2021 lalu, Xiaoming dan Angelababy membawa anak mereka keluar berjalan-jalan buat pertama kali sejak tahun 2018 tetapi ketika itu, kedua-duanya dilihat tidak bermesra-mesraan macam suami isteri.

Sebelum ini. perkahwinan yang termeterai sejak October 2015 itu telah menggemparkan seluruh dunia dengan kos yang menelan belanja sehingga $31 juta USD (~RM130 juta). Huang Xiaoming merupakan bintang yang sangat terkenal di China, menerusi drama-drama lakonannya seperti Return of Condor Heroes, Royal Tramp, dan Nirvarna In Fire 2.

Sumber: weibo