BTS dapat tiga pencalonan untuk IHeart Radio Music Awards 2022

BTS telah menerima 3 pencalonan di dalam IHeart Radio Music Awards 2022 yang akan berlangsung di Los Angeles pada 22 Mac 2022 ini.

BTS tercalon untuk kategori Best Duo/Group of the Year, Best Fan Army dan Best Music Video untuk lagu popular mereka di Amerika Syarikat, “Butter.”

Bagi kategori Best Fan Army dan Best Music Video, kemenangannya akan ditentukan melalui undian peminat.

Pada tahun 2021, BTS telah membawa pulang tiga trofi kemenangan menerusi empat pencalonan iaitu Best Fan Army, Best Music Video dan Best Music Video Choreographer untuk lagu “Dynamite” manakala anugerah Best Duo/Group of the Year pula ketika itu telah diberikan pada gandingan duo Dan dan Shay.

Sumber: iheart radio

loading...