Kantoi sebab hisap ganja, Park Yoo Hwan, adik Park Yoo Chun kini akan didakwa di mahkamah

Park Yoo Hwan, pelakon merangkap adik kepada penyanyi idol terkemuka, Park Yoo Chun telah disiasat polis dan bakal didakwa di mahkamah.

Balai Polis Gyeonggi Nambu mengumumkan pada 28 Jan 2022 hari ini bahawasanya kes penyalahgunaan ganja melibatkan Park Yoo Hwan telah pun dihantar ke pihak pendakwaaan tanpa perlu ditahan setelah mendapati pelakon itu melanggar Undang-Undang Kawalan Narkotik.

Park Yoo Hwan pernah dituduh menghisap ganja bersama dua orang kenalan di sebuah restoren bertempat di Bangkok, Thailand pada Dec 2020. Kesemua mereka mengaku bersalah ketika disiasat polis.

Park Yoo Hwan memulakan karier lakonannya menueris drama MBC Twinkle Twinkle sebelum dikenali melalui drama-drama seperti SBS A Thousand Days’ Promise dan MBC She Was Pretty. Abangnya, Park Yoo Chun dijatuhkan hukuman pergantungan hukuman 10 bulan penjara dan denda sebanyak 1.4 juta won (~RM4800) selama 2 tahun oleh mahkamah pada 2 Julai 2019 di atas kesalahan menyalahguna dadah jenis syabu (methamphetamine).

Sumber: seoul co

loading...