Chanhee dan Hwiyoung SF9 baru-baru ini sedang disiasat pihak polis kerana melanggar peraturan kuarantin Covid-19 yang ditetapkan ke atas mereka.
Jurucakap agensi FNC Ent. dilaporkan berkata, “Hwiyoung berjumpa dengan kenalan pada jam 1 pagi pada 18 Jan 2022 lalu di pub Hold’em berhampiran Nonhyeon-dong untuk menyambut hari jadi Chanhee.”
“Memang Chanhee dan Hwiyoung agak cuai dan layak untuk dikecam kerana telah menyebabkan kebimbangan pada peminat dan juga masyarakat. Mereka sedang bermuhasabah diri dan betul-betul menyesal. Tanpa ada alasan lagi, kami memohon maaf kerana terlepas pandang di dalam pengurusan anak buah kami,” ujar jurucakap itu.
Terdahulu, Inseong SF9 disahkan negatif Covid-19 walaupun mempunyai kontak rapat dengan krew ‘Double Trouble’.
Sumber: sport khan