Kenali sejak KBS School 2013, Park Se Young akan dinikahi Kwak Jung Wook menjelang Feb 2022 depan

Park Se Young akan berkahwin dengan rakan pelakon yang dikenalinya menerusi drama KBS School 2013, Kwak Jung Wook menjelang pertengahan bulan Februari depan di Seoul.

Menurut jurucakap agensinya, CLN Company, “Park Se Young dan Kwak Jung Wook mula menjalinkan persahabatan sejak membintangi drama KBS School 2013 bersama-sama. Hubungan tersebut kemudiannya bertukar kepada cinta selepas kedua-duanya berikrar untuk saling melindungi antara satu sama lain dan memilih kehidupan baru untuk berrumah tangga.”

Majlis kahwin berikut bakal diadakan secara tertutup dengan dihadiri oleh keluarga dan rakan taulan saja.

Sebagai pelakon, Park Se Young membintangi beberapa buah drama termasuklah KBS Beautiful Mind, SBS Whisper dan MBC Special Labor Inspector manakala drama terakhir lakonan Kwak Jung Wook pula ialah OCN Life on Mars sebagai pembunuh bersiri.

Sumber: sport donga

loading...