Oh Won Bin, bekas ahli FT Island umum akan berkahwin selepas mengandungkan teman wanita

Oh Won Bin telah mengumumkan perkahwinan akan dibuat dengan teman wanita yang dikasihinya.

Oh Won Bin berkongsikan berita gembira tersebut menerusi instagram miliknya. “Sudah lama, mungkin sejak lapan bulan lalu kita terpaksa mengucapkan selamat tinggal buat Leo (nama anjing belaannya)….Aku nak kahwin. Ketika Covid-19 menyerang, ada seseorang hadir dalam hidupku. Aku tidak dapat buat majlis, tetapi gembira dapat luangkan masa bersama-sama dengannya, sebagai ganti kehilangan Leo,” katanya.

“Kami asalnya nak bagi jemputan dan kongsikan gambar, tetapi sebab kami tak boleh adakan majlis, maka berita ini agak lambat untuk diberitahu.Bila kau ada anak, maka wajar ia sesuatu yang patut diraikan, tetapi kau pula terpaksa sembunyikan kerana masalah peribadi. Jadi, aku ingin memohon maaf,” ujarnya lagi.

Oh Won Bin turut mendedahkan bahawa dia mengenali teman wanitanya, yakni seorang cikgu (tenaga pengajar pelakon) sejak sekian lama. “Dia ialah seorang yang aku begitu hargai kerana sentiasa menyokong aku tanpa komplen sekalipun walaupun kami tidak boleh buat majlis kahwin atau bergambar sama,” tambahnya mengakhiri kalam di instagram.

Oh Won Bin mula ‘debut’ sebagai ahli FT Island bersama-sama Lee Hong Ki, Choi Min Hwan, Lee Jae Jin, dan Choi Jong Hoon pada tahun 2007. Oh Won Bin menjadi ahli pertama yang keluar daripada FT Island sejak tahun 2009 lagi, namun tempatnya kemudian digantikan oleh Song Seung Hyun.

Sumber: instagram

loading...