Tak sangka layan UFC juga, Taehyun TXT dilihat begitu gembira sebaik saja idolanya diangkat sebagai pemenang

Taehyun melahirkan rasa teruja yang amat terhadap pertandingan sukan seni bela diri campuran yang berlangsung pada hari ini, 23 Jan 2022 di mana Francis Ngannou berjaya mengekalkan kejuaraan UFC 270 selepas menewaskan pencabarnya, Ciryl Gane.

Luahan tersebut dikongsikan oleh Taehyun menerusi laman twitter rasmi TXT di mana Taehyun terlebih dahulu memaklumkan bahawa dia sedang mengikuti pertandingan akhir UFC 270 itu. Sebaik saja Francis Ngannou diangkat sebagai pemenang, Taehyun terus mengucapkan tahniah buatnya.

Segelintir peminat yang tidak tahu-menahu kewujudan sukan tersebut bagaimanapun tumpang gembira dengan luahan yang dibuat oleh Taehyun itu. Manakala sebilangan lain pula memberitahu bahawa mereka turut sama mengikuti pertandingan tersebut di kaca tv selepas dimaklumkan Taehyun.

“Hyun, jika kau gembira kami pun gembira, ya ya tahniah Ngannou…!!!,” komen peminat itu di laman Weverse pula.

“ah kenapa comel sangat Moa pun ucapkan tahniah buatnya walaupun tak tahu pun kewujudan UFC haha,” telah Taehyun menjawab pertanyaan peminat itu.

Taehyun TXT memang diakui meminati seni mempertahankan diri sejak sekian lama. Antaranya, videonya sedang meninju yang dimuatnaik pada tahun lepas telah dikongsikan buat peminat hingga meraih tontonan melebihi 1 juta orang.

Sukan UFC ini agak sinonim dengan warga Malaysia beberapa tahun kebelakangan ini apabila Khabib Nurmagomedov pernah menyandang beberapa kejuaraan UFC tanpa kalah pada suatu ketika dulu.

Sumber: twitter, Weverse

loading...