Bangunan pejabat SM Ent. dikhabarkan akan runtuh? Pihak pengurusan tampil jelaskan selepas keadaan jadi panik

Khabar angin yang mengatakan bangunan pejabat SM Ent. yang bertempat di Acro Seoul Forest akan runtuh setelah berlangsungnya bunyi gegaran telah dinafikan oleh pihak pengurusan.

Pada 20 Jan 2022 semalam, seorang yang mendakwa dirinya pekerja bangunan memberitahu bahawa bangunan Acro Seoul Forest sedang mengalami gegaran selepas menunjukkan simptom keretakan dan siling berlubang. Malahan, saksi daripada pekerja SM Ent. turut mengaku adanya gegaran hingga membuatkan mereka ketakutan semalam. Panggilan 119 turut dibuat hingga menimbulkan kesan panik.


Mengulas tentang kejadian berkenaan, pihak pengurusan Acro Seoul Forest menafikan bangunan akan runtuh, tetapi menjelaskan memang ada gegaran kecil yang tidak dapat dikesan oleh sistem keselamatan berkait dengan bencana, namun ia tak berkaitan dengan dakwaan tersebut. Pihak pengurusan turut menyangkal dakwaan wujudnya keretakan dan siling berlubang selepas datang menyiasat. Malah, bomba yang dipanggil menerusi panggilan kecemasan juga tidak menemui sesuatu yang luar biasa.

Selain SM Ent., Acro Seoul Forest turut menempatkan pejabat Socar dan Hyundai Glovis. Di sini jua tempat golongan selebriti seperti Taemin SHINEE, Lee Je Hoon dan Choi Ran menetap.

Sumber: sport khan