Taehyung BTS diundi sebagai artis Kpop yang paling banyak diajak untuk menyaksikan emping salji (“snowflakes”) bersama.
Undian tersebut yang dijalankan oleh aplikasi idol popular, Aedol pada 13 hingga 19 Jan 2022 lalu telah mengangkat Taehyung selepas meraih pungutan suara sebanyak 23,838 orang.
Sebelum ini, Taehyung juga meraih undian tertinggi apabila ditanya siapakah artis Kpop yang paling mahu dipanggil untuk menghiasi pokok Krismas bersama dan siapakah artis Kpop yang mahu diajak untuk membuat orang-orang salji bersama.
Nama Taehyung tidak asing dengan perkara berkait dengan musim salju. Di dalam temuduga bersama GQ Korea, Taehyung pernah berkata, “Aku sememangnya lahir ketika musim salju hingga membuatkan aku sukakannya. Ketika musim salju, aku banyak kali dengar lagu karol Krismas. Dan, bila mana dengar lagu sebegitu berserta lagu jazz, aku dapat rasai kemesraan itu”. Oleh sebab demikian, Taehyung banyak kali mengeluarkan lagu-lagu berkait dengannya, antaranya, Winter Bear, Snow Flower ft. Peakboy dan Chrismas Tree, OST untuk drama SBS Our Beloved Summer.
Sumber: tenasia