Pelakon Wang Ji Won bertemu jodoh dengan penari balet seangkatan, Park Jong Seok

Pelakon Wang Ji Won bakal melangsungkan perkahwinan dengan penari balet seangkatan, Park Jong Seok pada 6 Feb 2022 depan.

Park Jong Seok yang dilahirkan pada 1991 ialah penari balet professional daripada Institut Balet Kebangsaan dan merupakan graduan Washington Kirov Ballet Academy, Amerika Syarikat.

Difahamkan Wang Ji Won juga merupakan bekas penari balet dan pernah menyertai Royal Ballet School di United Kingdom sebelum diperkenalkan dengan Park Jong Suk di institusi kebangsaan yang sama. Pada tahun 2020, Wang Ji Won membuka akademi balet dengan namanya sendiri.

Wang Ji Won juga akan tetap komited untuk terus berlakon walaupun sudah berumah tangga nanti. Menyorot kerjaya lakonan Wang Ji Won pula, antara drama yang pernah dibintanginya ialah KBS Good Doctors, MBC Fated To Love You dan SBS Still 17.

Sumber: xsportnews

loading...