Peminat meluahkan rasa kekecewaan mereka terhadap tindakan tidak berasas daripada Son Naeun yang cuba untuk mengurangkan aktiviti nyanyiannya bersama Apink menjelang pelancaran “comeback” terbaru mereka pada Februari nanti.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh YG Ent. semalam, Naeun tidak dapat menyertai promosi tambahan melainkan jaket dan penampilan di dalam muzik video saja untuk album istimewa Apink pada Februari nanti kerana pertindihan jadual projek (lakonan) yang tidak dapat dielakkan.
Walau bagaimanapun, pengumuman tersebut menimbulkan kemarahan sebilangan peminat Apink memandangkan pelancaran album istimewa ini dibuat bagi meraikan ulang tahun ke-10 pembabitan Apink di dalam industri seni, maka ketidakterlibatan Naeun untuk promosi album istimewa itu dianggap sebagai mengkhianati kepercayaan mereka.
Malahan, Naeun juga dikatakan telah memungkiri janji yang dibuat ke atas peminat setelah dia pernah menyatakan komited untuk terus bersama Apink walaupun sudah bertukar agensi dan menumpukan karier dalam bidang lakonan. Kekecewaan itu diluahkan di ruang komuniti forum tempatan hingga ada yang mendesaknya keluar daripada Apink.
Berikutan isu melibatkan Naeun, Bomi cuba meredakan keadaan. “Saya tahu peminat tengah marah. Saya memohon maaf kerana kami sudah bekerja keras buat persediaan. Mari kita jadikannya untuk dikenangi bersama,” katanya.
Naeun kini sedang membintangi drama tvN Ghost Doctor bersama Rain, Uee dan Kim Bum.
Sumber: sports chosun