[Gempar] Chen EXO telah menimang anak kedua dalam tempoh tak sampai tiga tahun berkahwin

Chen atau nama sebenarnya Kim Jongdae daripada kumpulan EXO telah pun menimang anak kedua hasil perkahwinan dengan gadis pilihan hati yang bukan daripada kalangan selebriti.

Menurut laporan xsportnews, Chen EXO dikatakan begitu teruja dengan kehadiran cahaya mata baru selepas memangku anak perempuan pertama sebelum ini. Chen juga pernah meraikan harijadi anak sulungnya itu di hotel mewah terkemuka Shila Hotel pada 29 April 2021 lalu.

Chen EXO yang kini masih berkhidmat dengan ketenteraan sejak Oktober 2020 lalu, mula berkahwin pada Jan 2020. Tiga bulan selepas itu, isterinya melahirkan anak pertamanya.

Pada mulanya, berita pengumuman perkahwinan mengejut daripada Chen itu diboikot sebilangan peminat Exol sehingga ada yang mendesaknya keluar daripada EXO. Namun, lama-kelamaan, ia dapat diterima dan disambut baik.

Sumber: xsportnews

loading...