Yeonwoo & Jung Chaeyeon DIA akan berebutkan Yook Sungjae di dalam drama terbaru MBC Golden Spoon

Yook Sungjae BTOB, Jung Chaeyeon DIA dan Yeonwoo (bekas ahli Momoland) akan dipasangkan buat pertama kali di dalam drama terbaru MBC berjudul ‘Golden Spoon’.

MBC Golden Spoon yang diadaptasikan daripada webtoon daripada judul yang sama berkisarkan tentang seorang budak lelaki daripada keluarga papa kedana yang menggunakan sudu emas misteri diperolehinya daripada seorang nenek untuk menukarkan nasibnya dengan kawan yang berasal daripada keluarga kaya-raya, Hwang Taeyong. “Jika kau beli sudu emas $3 ini daripadaku, kau boleh ubah mak ayah kau. Kau kena makan tiga kali dengan sudu misteri ini bersama kawan sebaya kau di rumahnya. Mak ayah orang itu akan jadi mak ayah kau,” kata nenek tersebut.

Yook Sungjae bakal membawakan watak Lee Seung Chun, lelaki yang mahu menukar dirinya dengan menggunakan sudu emas itu manakala Yeonwoo akan memegang watak Oh Yeo Jin, seorang wanita yang cantik penampilannya dan memilik personaliti yang tegas daripada keluarga kaya-raya.   Chaeyeon DIA pula akan melakonkan watak heroin yang belum dispesifikasikan perwatakannya setakat ini.

MBC Golden Spoon adalah naskah terbaru nukilan Yoon Eun Kyung dan Kim Eun Hee yakni penulis duo bertanggungjawab menghasilkan drama popular KBS Winter Sonata dahulu manakala sutradara Song Hyun Wook (tvN Another Oh Hae Young, jtbc Beauty Inside) bertindak sebagai pengarahnya.

MBC Golden Spoon dijangka tayangannya menjelang pertengahan kedua tahun 2022 ini.

Sumber: OSEN

loading...