Tak tahu siapa terkentut, Yoshi TREASURE dedah terpaksa harung juga menyanyi walaupun hidung terbau busuk

May be an image of 5 people

Yoshinori Kanemoto atau mesra dikenali sebagai Yoshi TREASURE mendedahkan suatu perkara yang melucukan mengenai kejadian tidak disangka-sangka berlaku ketika mereka membuat persembahan lagu ‘MMM’ di atas pentas KBS You Heeyeol’s Sketchbook.

Di dalam satu klip video interaksi TREASURE bersama peminat yang tertular di media sosial sejak tadi, Jihoon membuka cerita bahawa ada di antara ahli TREASURE telah terkentut ketika mereka sedang terbaring beramai-ramai sebelum meneruskan rentak tarian seterusnya bagi menyempurnakan persembahan ‘MMM’.

Dari kiri: Junkyu, Jihoon, Yoshi, Yonbin (keluar TREASURE)

“Ada orang terkentut masa kita tengah buat persembahan MMM dan terpaksa berpura-pura macam tak de apa yang berlaku,” kongsi Jihoon membuka cerita mengenainya.

“Ya, memang ada yang buat sebelum tiba masa aku nyanyi. MMM versi rock. Masa kita tengah terbaring, aku memang ada terbau sesuatu tapi tetap terus juga ‘rap’,” telah Yoshi sambil tertawa bersama Junkyu dan Jihoon.

Berikutan tertularnya video itu, spekulasi netizen tertumpu kepada Jeongwoo dan Haruto yang pernah membuat pengakuan sebelum ini bahawa ahli TREASURE tidak akan sesekali terkentut.

Dari kiri: Haruto, Jeongwoo

“Aku pernah bagi Jeongwoo makan ubi keledek. Aku rasa baunya akan jadi manis-manis seperti coklat. Tapi kau juga kentut selalu, Jeongwoo,” kata Haruto berkongsikan cerita Jeongwoo pernah terkentut hingga mengeluarkan bau.

Netizen yang mendengar cerita dikongsikan itu turut sama tertawa mendengarnya, mengenangkan ahli-ahli TREASURE mungkin sudah imun sekarang terhadap bau kentut tersebut ketika saat-saat kritikal mereka perlu melakukan persembahan penting.

Sumber: twitter

loading...