Yang Se Chan dikecam gara-gara cuba bergurau kasar terhadap Jeon So Min ketika bermain “Running Man”

May be an image of 9 people and text

Peminat ‘Running Man’ semestinya sudah terbiasa dengan kerenah dan gelagat ahli-ahlinya saling mengenakan antara satu sama lain ketika diberi tugasan menyelesaikan permainan.

Namun, dalam satu klip video yang dimuatnaik oleh pihak produksi “Running Man” baru-baru ini, gurauan Yang Se Chan terhadap Jeon So Min ketika bermain “Yalah” atau dikenali sebagai dangyunhaji, dianggap tidak begitu elok menurut pandangan peminat ‘Running Man’ dan netizen secara amnya.

“Kau tau tak kau hodoh?,” tanya Yang Se Chan.

“Yalah,” jawab Jeon So Min.

“Pasal (merujuk kepada bekas kekasihnya, nama ditapis oleh pihak produksi)… Kita akan selalu bercakap kan? Tahu dak?,” tanya Yang Se Chan lagi.

“Yalah (sambil memandang Yoo Jae Suk),” jawab Jeon So Min.

“Hyung, aku rasa dia nangis kah?!,” soal Yang Se Chan pada Yoo Jae Suk pula. Reaksi Jeon So Min ketika ini dilihat tidak selesa kerana Yang Se Chan dikatakan bertanyakan kisah cintanya sekian lama dulu. Malah lebih teruk lagi, Jeon So Min disoal samada dia pernah memikirkan ‘bekas kekasihnya’ itu ketika merakamkan adegan ciuman di dalam drama, sehingga menjurus kepada Yoo Jae Suk untuk menamatkan permainan dengan segera lantas mengumumkan Yang Se Chan sebagai pemenang.

Netizen yang mengulas tentang gurauan kasar yang dibuat oleh Yang Se Chan terhadap Jeon So Min itu, menyatakan pendapat mereka bahawa Somin tidak pernah ‘menyerang’ ahli-ahli Running Man dengan sebegitu rupa (menghubungkait dengan kisah-kisah peribadinya). Jeon So Min dilaporkan pernah menjalani hubungan percintaan dengan pelakon Yoon Hyun Min suatu ketika dulu, dan mereka dipercayai berpisah secara tidak baik setelah So Min mendapati bekas kekasihnya itu berkelakuan curang terhadapnya.

Meskipun begitu, dalam satu hantaran di laman instagramnya hari ini, Jeon So Min dilihat meredakan ketegangan dengan berkongsikan gambar berdua-duaan bersama Yang Se Chan. Gaya ‘berposing’ kedua-dua ahli Running Man dengan fesyen merepek itu telah mengundang tawa netizen yang mengamati mereka.

Selain terbabit di dalam SBS Running Man, Jeon So Min turut membintangi drama Channel A Show Window: The Queen’s House.

Sumber: N/A

loading...