Fuyoooh dari jejaka seksi ke putera raja, Lee Se Young SNL pun pernah cuba tambat Lee Jun Ho dulu

May be an image of 4 people

Masih ingat tak kumpulan 2PM pernah membuat kemunculan istimewa di dalam SNL Korea musim ke-8 pada September 2016 lalu?

Dibekalkan tiga minit bersama setiap ahli 2PM, Lee Se Young, pelawak termuka daripada rancangan tv SNL Korea, akan dihiburkan dengan pelbagai jenis tarikan serta kemesraan mereka masing-masing untuk menjadi ‘kekasih’-nya dalam tempoh tersebut.

Tiba kelibat Lee Jun Ho pula memasuki bilik untuk berlakon sebagai kekasih kepada Lee Se Young, dalam bayangan yang penuh keseksian, Lee Se Young tergamam apabila Lee Jun Ho terus menerpanya ke atas katil seolah-olah cuba menggodanya.

“Dah lamakah kau tunggu aku?,” tanya Lee Jun Ho lalu terus menerpa Lee Se young di atas katil.

“Meh aku buka (tali leher) ini kejap.. Sudahkah kau bersedia?,” tambahnya lagi sambil merapatkan dirinya ke arah Lee Se Young yang ketika itu sedang menanti kucupan mesra daripadanya.

Belum pun sempat adegan kucupan itu dimainkan, Lee Jun Ho menunjukkan buku matematik di hadapannya. “Buka” yang dimaksudkan oleh Lee Jun Ho bermakna menyelesaikan soalan-soalan berkaitan matematik. Hancur terus impian Lee Se Young untuk mendambai belaian yang penuh kemesraan daripada kekasih yang kacak, tetapi rupanya khidmat pelajar yang dicarinya.

Klip video SNL Korea itu kemudiannya tertular semula di laman sosial berikutan kedua-dua pelakon yang memiliki nama yang serupa cuba menambat hati lelaki yang sama walaupun kisah mereka dibezakan lima tahun. Lee Se Young SNL cuba ‘digoda’ oleh lelaki yang mencarinya untuk berkhidmat sebagai tutor matematik kepadanya manakala Lee Se Young daripada drama MBC The Red Sleeves pula ‘digoda’ oleh lelaki yang bakal menjadi raja Joseon.

Netizen yang mengamati perbezaan kedua-duanya mengulas,” Jika Junho jadi tutor matematik pula, Lee Se Young (dalam The Red Sleeves) boleh capai 100″ , “Sekarang baru aku tahu kenapa Junho suka dengan konsep seksi.”

Di dalam MBC The Red Sleeves, Lee Jun Ho membawakan watak Raja Jeongjo yang mahu menjadikan wanita yang disayangi sebagai gundik diraja, namun ditolak wanita itu (lakonan Lee Si Young) kerana mahu hidup bebas. Kejayaan MBC The Red Sleves meraih rating tertinggi 17. 4% dipenghujung episod, dan 11% secara puratanya menyebabkan Lee Jun Ho dicalonkan anugerah daesang.

Versi alih bahasa:

Sumber: atstar1

loading...