“Nyanyian berkelas dunia” – Begitu hebat Suki Low bawa lagu Korea, ‘You’re My Everything’ hingga dinobatkan juara GV minggu ini

May be an image of 1 person and standing

Suki Low tidak pernah mengecewakan dengan menyaksikan lagu-lagu pelbagai genre untuk melunaskan tugasannya bagi setiap minggu di dalam pertandingan realiti tv terbitan ASTRO, Gegarvaganza musim kelapan.

Untuk minggu kelapan ini pada 10 Jan 2022, Suki Low diberikan tugasan untuk menyanyikan lagu ‘You’re My Everything’ nyanyian asal Gummy bagi OST drama KBS Descendants of The Sun. Bermula dengan petikan piano, Suki Low menyanyikan bait-bait lirik lagu ‘You’re My Everything’ dengan penuh syahdu sehingga membuatkan penonton terkesima dan kagum melihatnya. Sudah pasti bukan senang untuk menyanyikan lagu bahasa asing dan menghayatinya dengan penuh perasaan hatta hingga boleh mengusik jiwa bagi mereka yang mendengarnya.

Persembahan tersebut mendapat pujian merata daripada hampir kesemua juri-juri termasuklah Ramli MS, Norman Hashim, Hetty Koes Endang dan Dato Mokhzani. Berbeda pendapat dengan Ramli MS yang lebih mengkritik persembahan Suki Low secara teknikal, Norman Hashim mengelarkan persembahan Suki Low bertaraf kelas dunia. Begitu juga dengan Hetty Koes Endang yang turut memujinya kerana berjaya menyanyikan lagu itu dengan penuh perasaan. “Mantap,” celah Dato Mokhzani menyatakan ia tampak begitu sempurna dari segi modilasinya.

Disebabkan persembahan yang begitu mantap itu, Suki Low berjaya mendapat gelaran juara mingguan Gegarvaganza untuk kali ini. Beliau akan menyanyikan dua buah lagu yang bakal di’medley’kan iaitu ‘Khayalan’ nyanyian asal Blackdog Bone dan ‘Tanpa Kekasihku’ nyanyian asal Agnes Monica untuk tugasan minggu hadapan. Sesudah mempesonakan hadirin dengan persembahan penuh konsisten seperti ‘Jampi’, ‘Badarsila’ ,’Marabahaya’ dan ‘Tiga Malam Tanpa Bintang’, mampukah Suki mencipta kejutan sekali lagi?

Saksikan Gegarvaganza musim ke-8 ini setiap hari Ahad jam 9.00 malam hanya di Astro Ria.

Sumber: ASTRO

loading...