Seronok sangat mengumpat tentang seorang artis Kpop wanita, Minchan VERIVERY memohon maaf

May be an image of 5 people

Minchan VERIVERY membuat permohonan maaf secara rasmi berhubung umpatannya terhadap seorang selebriti yang kini dipercayai merupakan ahli kumpulan kpop wanita.

“Aku secara ikhlas ingin memohon maaf di atas keterlanjuran mengumpat seseorang ketika mengadakan sesi VLive pada 6 Jan 2022 yang lalu. Aku akan berhati-hati lagi supaya kejadian ini tidak berulang. Aku akan hubungi orang yang dimaksudkan untuk sampaikan permohonan maaf,” kata Minchan dalam satu kenyataan hari ini.

Tular sebuah video yang diposkan di laman komuniti forum Korea terkemuka, memaparkan tiga orang ahli VERIVERY, iaitu Hoyoung, Minchan dan Kangmin sedang rancak berbual sehinggalah Minchan berkongsi cerita ketika dia belajar di sekolah menengah dulu.

“Aku nak kongsikan apa yang berlaku di sekolah menengah dulu. Ada seorang ini baru pindah, dan ada yang kata dia seorang selebriti,” kata Minchan sebagai mukadimah.

“Dia selebriti ker sekarang?,” tanya Hoyoung. “Tak tahu,” jawab Minchan. “Oh, kalau macam itu, mungkin dia sunbaenim (senior),” jawab Kangmin pula.

“Tapi kan, kalau kita taip nama kumpulan yang dia masuk tu kat dalam carian Naver ini, memang keluar dia sebagai salah seorang ahli. Aku fikir dia ni mungkin selebriti. Tapi aku dulu asyiklah terbayang-bayang cerita fantasi tentang golongan selebriti. Aku ingat semua selebriti ini cantik dan ganteng belaka, rupanya dia pun macam aku juga. Kat sekolah dulu mana boleh galak pakai mekap dan berhias. Jadi, muka-muka diorang semua ‘natural’. Secara jujur aku rasa dia tak berapa cantiklah. Selepas aku berjumpa dengannya, aku sedar golongan selebriti ini macam marhaen juga. Apapun, dia pernah datang ke sekolah dengan van putih dan aku rasa kagum sangat. Nama kumpulan itu bermula dengan ‘b’ dan punyai empat huruf,” ujar Minchan dengan penuh keseronokan.

“Apasal kau pergi cerita? Terlalu banyak sangat butiran,” Hoyoung. “Mungkin memorinya sudah kabur. Ceritanya sekarang, dia mungkin sudah cantik,” kata Kangmin pula cuba meyakinkan peminat supaya tidak digembar-gembur dan berspekulasi selepas didedahkan dengan butiran mengenai artis Kpop wanita itu.

“Tapi kan, bang, fantasi aku tentang selebriti sudah tercemar hari-hari gara-gara terpandang muka kita dalam keadaan biasa (tidak bermekap). Fantasi aku habis rosak bila mula jadi pelatih ketika perlu menyambut abang-abang yang lain,” tambah Kangmin sambil tertawa.

Sumber: mydaily

loading...