Inilah 10 album kpop terlaris di Korea sepanjang pertengahan awal tahun 2021

May be an image of 13 people

Gaon, carta muzik berpengaruh di Korea selain Hanteo, telah mengeluarkan senarai album terlaris sepanjang pertengahan awal tahun 2021.

NCT Dream, subunit NCT, menjuarai jualan album terlaris dengan kutipan sebanyak 2,049,042 unit menerusi album sulung mereka, “Hot Sauce”.  NCT Dream yang dianggotai oleh Mark Lee, Renjun, Jeno, Haechan, Jaemin, Chenle, dan Jisung ini telah mencipta kegemilangan bersejarah di Korea. Lagu “Hot Sauce” berentak Latin hip hop turut menjuarai carta digital, download dan BGM ketika albumnya menjuarai carta album mingguan Gaon.

Ia juga merupakan pencapaian terbaik NCT di dalam carta album tahunan Gaon tersebut, apabila mereka berjaya menghentikan dominasi BTS seketika untuk pertengahan awal tahun 2021. Bagaimanapun, berdasarkan kiraan yang lebih tepat, album “BE” yang dikeluarkan oleh BTS pada penghujung tahun 2020, tetap mampu memperoleh jumlah jualan album sebanyak 3,662,219 unit setakat ini walau sekadar selesa di tempat no. 5. Sekiranya, “BE” dikeluarkan lewat sedikit lagi pada awal tahun 2021, kemungkinan BTS akan menguasai carta berkenaan. Apapun, kejayaan NCT menjuarai carta muzik pertengahan awal tahunan 2021 ini perlu diraikan dan persaingan yang sihat dapat dilihat di antara kumpulan-kumpulan kpop ternama di Korea.

Mengikuti NCT di tangga kedua ialah Seventeen dengan album mini kelapannya, “Your Choice” dengan kutipan sebanyak 1,391,964 unit. “Your Choice” dikeluarkan lebih awal empat bulan sebelum album mini kesembilan mereka, “Atacca” dikeluarkan pada 22 Oktober 2021 kemudian. Baekhyun yang kini sedang menjalani khidmat ketenteraan, menjadi satu-satunya artis solo tersenarai manakala TWICE pula menjadi satu-satunya kumpulan kpop perempuan yang tersenarai.

Berikut ialah senarai 10 album kpop terlaris di Korea sepanjang tahun 2021:

1. NCT Dream (Hot Sauce) – 2,049,042

2. Seventeen (Your Choice) – 1,391,964

3. EXO (DON`T FIGHT THE FEELING : Special Album) – 1,216,175

4. Baekhyun EXO (Bambi) – 1,007,625

5. BTS (BE) – 970,197

6. NCT Dream (Hello Future : Repackaged) – 869,086

7. TXT (The Chaos Chapter: Freeze) – 784,394

8. ENHYPEN (Border : Carnival) – 636,222

9. TWICE (Taste of Love) – 522,876

10. ATEEZ (ZERO FEVER Part.2) – 502,150

loading...