[Gempar] Kim Mi Soo, pelakon jtbc Snowdrop meninggal dunia

May be an image of 3 people, people standing and text that says "설강화 Jtbc SN*WDROP SN*"

Kim Mi Soo, pelakon yang membawa watak Yeo Jeong Min, kawan kepada Eun Yeong Ro, lakonan Jisoo Blackpink di dalam drama jtbc Snowdrop didapati telah meninggal dunia.

Berdasarkan laporan daripada OSEN, Kim Mi Soo meninggal dunia ketika berusia 30 tahun (31 tahun meningkut kiraan hari jadi Korea). Majlis pengkebumian bakal diadakan di Taeneungseong Heart Funeral Hall dengan tarikhnya belum ditetapkan lagi.

Sebab kematiannya belum dapat dikenalpasti, tetapi agensi mendiang, Pongyeong Ent. mendedahkan bahawa keadaan keluarganya kini di dalam penuh kepiluan akibat dikhabarkan tentang berita kematian Kim Mi Soo secara tiba-tiba. “Kami memohon netizen tidak menyebarkan sebarang spekulasi mengenai kematian mendiang terhadap keluarganya yang masih lagi kesedihan,” ujar wakil agensinya.

jtbc Snowdrop bakal menjadi projek terakhir lakonan Kim Mi Soo. Beliau turut pernah membawakan watak sebagai paderi di dalam Netflix Hellbound. Memandangkan jtbc Snowdrop sudah selesai menjalani penggambaran, maka tiada keperluan untuk menangguhkan tayangan drama.

Sumber: OSEN, mk star

loading...