BTS batalkan perancangan ke Amerika Syarikat selepas Grammy Awards ditangguhkan

May be an image of 7 people and indoor

BTS bakal membatalkan perancangan mereka ke Amerika Syarikat sekali lagi selepas mendapati bahawa anugerah Grammy ke-63 yang sepatutnya berlangsung pada 31 Januari 2022 terpaksa ditangguhkan gara-gara penularan wabak Covid-19 melibatkan varian Omicron.

“Kami memang sudah bersedia untuk hadiri Grammy, tetapi terpaksa batalkan rancangan selepas terdengar akan penangguhan itu, ” ujar jurucakap Big Hit Music.

BTS tercalon di dalam kategori Best Pop Duo or Group Performance menerusi lagu “Butter” dan kehadiran mereka di situ sepatutnya menjadi aktiviti rasmi mereka yang pertama sejak berehat panjang pada awal Disember 2021 lalu. Ini juga pencalonan kedua BTS di dalam kategori sama secara berturut-turut untuk anugerah berprestij itu, yang mana sewaktu kali pertama tercalon, mereka kalah di tangan gandingan Lady Gaga dan Ariana Grande.

BTS setakat ini masih mengekalkan perancangan mereka untuk mengadakan konsert ‘offline’ besar-besaran di Seoul pada Mac 2022 ini.

Sumber: OSEN

loading...