Terharu Hyojin ONF sempat ‘bersarang-hae’ dengan peminat 3 minit sebelum jejak kaki ke kem tentera

May be an image of 3 people

Tular di laman twitter baru-baru ini apabila Hyojin ONF sempat berinteraksi dengan peminatnya tiga minit sebelum menjejakkan kaki ke kem tentera.

Dalam satu hantaran dibuat oleh peminatnya sebentar tadi, Hyojin dilihat sedang berjalan mengharungi musim sejuk ke kem tentera, tapi dengan penuh erat tetap memegang telefon bimbitnya. Hyojin sempat menghantar pesanan ringkas berbentuk suara kepada peminatnya sambil mengucapkan ‘sarang-hae’ (“saya sayangkan kamu”).

“Suara yang saya tidak akan lupakan untuk selama-lamanya,” luah peminat itu sambil berkongsikan pesanan ringkas daripada Hyojin itu.

Sesudah Hyojin selesai berbuat demikian, Hyojin diminta memadamkan telefon bimbitnya sebelum memasuki kem tentera secara rasmi. Lazimnya, mereka yang sedang berkhidmat tidak dibenarkan untuk berinteraksi dengan pihak luar melainkan mereka berada di luar kem tentera. Hyojin dijadualkan menyertai khidmat ketenteraan pada 28 Disember 2021 semalam.

Selain Hyojin, kesemua ahli ONF berbangsa Korea termasuklah MK, J-Us, Wyatt dan E-Tion menyertai khidmat ketenteraan pada waktu sama secara berkala menyebabkan ONF terpaksa diberhentikan operasinya sekurang-kurangnya untuk setahun setengah.

Sumber: twitter, theqoo