Rating drama SBS Now, We Are Breaking Up catat penurunan, adakah Song Hye Kyo kini diambang sendu?

May be an image of 3 people and text

Drama SBS Now, We Are Breaking Up, lakonan Song Hye Kyo dan Jang Ki Yong bakal melabuhkan tirainya tidak lama lgi.

Prestasi drama ini diperkatakan apabila rating menunjukkan penurunan perlahan-lahan setiap kali episod baru ditayangkan. Episod ke-13 misalnya, mencatatkan prestasi terburuk dengan 4.9% saja berjaya dicapai berbanding episod ke-2 yang mencatatkan rating terbaik untuk drama itu yakni sebanyak 8.0% menurut AGB Nielsen.

Persaingan di dalam slot yang sama dengan MBC The Red Sleeves lakonan Lee Jun Ho tambah menghukum drama ini lagi. Masakan, pihak produksi MBC turut meraikan kecemerlangan ‘The Red Sleeves’ dengan meletakkan Lee Jun Ho di dalam senarai calon penerima daesang setelah ianya berjaya menggapai rating melebihi 10%, drama keluaran MBC pertama yang berjaya berbuat demikian sejak tiga tahun lalu selain mengalahkan ‘Song Hye Kyo’ seperti yang dipetik daripada laporan media Korea.

Di sebalik promosi yang giat dibuat oleh pihak produksi, hasilnya masih dilihat tidak memuaskan. Status Song Hye Kyo selaku pelakon drama korea yang tersohor di Korea dengan beberapa buah drama hebat seperti KBS Autumn In My Heart, SBS All In, KBS Full House serta KBS Descendants of Sun sepatutnya sudah memadai mampu menarik ramai menonton drama tersebut memandangkan Song Hye Kyo sendiri sudah hampir tiga tahun tidak terbabit di dalam lakonan drama. Kali terakhir Song Hye Kyo berlakon adalah menerusi tvN Encounter bersama Park Bo Gum pada akhir tahun 2018.

Justeru, netizen mempersoalkan samada populariti Song Hye Kyo diambang sendu atau drama itu sendiri kurang menarik perhatian penonton. Rata-rata menyalahkan skrip drama meleweh-leweh dan dialog yang terlalu ketinggalan zaman menjadi penyebab utama kenapa drama tersebut kurang popular. Selain daripada itu, netizen turut mengkritik lakonan Jang Ki Yong dan terutamanya, Song Hye Kyo yang tak banyak berubah sejak ‘debut’ pada tahun 1998.

“Now We Are Breaking Up” yang diarahkan oleh Lee Gil Bok ialah drama romantis tentang cinta dan perpisahan yang berlatar belakangkan industri fesyen. Song Hye Kyo membintangi drama ini sebagai Ha Young Eun, seorang pereka fesyen yang tegas, manakala Jang Ki Yong berperanan sebagai Yoon Jae Guk, seorang jurugambar bebas yang bijak yang mengubah fikirannya tentang cinta.

Sumber: Nielsen, theqoo

loading...