Jinyoung B1A4 bakal sertai drama Netflix Sweet Home 2 di samping Song Kang & Lee Jin Wook?

May be an image of 6 people and text

Jinyoung B1A4 dikatakan telah ditawarkan berlakon di samping Song Kang dan Lee Jin Wook di dalam drama terbaru Netflix, sekuel kepada ‘Sweet Home’.

Bagaimanapun, menurut jurucakap agensinya, BB Ent., Jinyoung belum memutuskan untuk berlakon di dalam produksi tersebut. “Jinyoung memang pernah berjumpa dengan pengarah itu kebelakangan ini, tapi bukan pasal muncul dalam drama berikut,” katanya seperti yang dipetik daripada portal newsen.

‘Sweet Home’ adalah sebuah drama yang bertemakan genre thriller dan science-fiction (sci-fi), yang menceritakan kisah Cha Hyun Soo (Song Kang), seorang penyendiri di sekolah menengah yang berpindah ke sebuah pangsapuri baru setelah kehilangan keluarganya dalam satu kemalangan tragis. Di sana, dia akhirnya menghadapi serangkaian peristiwa mengejutkan dan menakutkan di mana manusia disekelilingnya tiba-tiba mulai berubah menjadi raksasa. Biarpun penduduk di pangsapuri Cha Hyun Soo hampir tidak berinteraksi sebelum fenomena misteri itu, mereka tiba-tiba bergabung untuk bertempur hidup-atau-mati semata-mata untuk bertahan.

Setakat ini, pelakon Song Kang dan Lee Jin Wook daripada musim pertama tidak dapat mengesahkan penglibatan mereka untuk sekuel tersebut berikutan pihak Netflix belum mengesahkan lagi penghasilan drama berkenaan. Sebaliknya jika Jinyoung turut terbabit, beliau akan menjadi pelakon yang akan membawakan watak baru untuk musim kedua tersebut.

Netflix Sweet Home musim pertama yang diarahkan pengarah Lee Eun Bok sebelum ini berjaya mengecapi populariti di seluruh dunia sewaktu ditayangkan pada bulan Dec 2020 lalu.

Sumber: newsen

loading...