Sedap hingga menjilat jari, hasrat Namjoon BTS untuk melantak ‘maggi cup’ bersaiz 1.5 kali ganda nampaknya tak kesampaian

May be an image of 3 people and text that says "1.5배 좀 내주셨으면 좋겠어요;; 겠어요 어제 2개 먹었는데 TA 오늘속이안좋은거야 속이 오늘 거야"

Namjoon BTS pernah berhasrat untuk mendapatkan ‘maggi cup’ bersaiz besar di dalam satu VLive baru-baru ini.

Selesai melantak habis ‘maggi cup’ kegemarannya itu, Namjoon BTS berkata, “Aku tidak pernah jemu makan maggi cup ini selama tiga hari berturut-turut. Semalam aku makan dua tetapi sakit perut pula. Satu sepatutnya sudah cukup, dua ini terlalu guna banyak ruang, jadi aku harap diorang dapat besarkan saiz lebih 1.5 kali ganda.”

Saranan Namjoon BTS itu mendapat sokongan daripada netizen yang rata-rata bersetuju bahawa syarikat itu perlu membesarkan saiz maggi cup tersebut.

Walaubagaimanapun, hasrat Namjoon tersebut tidak dapat ditunaikan oleh Paldo, syarikat yang mengeluarkan produk tersebut. “Kami hanya mampu hasilkan maggi cup bersaiz 1.2 kali ganda saja. Mustahil untuk besarkan hingga 1.5 kali ganda kerana proses pembuatan,” kata jurucakap syarikat itu.

Dalam kalangan peminat ARMY, jenama Paldo acapkali menjadi pilihan BTS sehingga digelar ‘makanan jiwa BTS’ (“BTS Soul Food”). Mereka seringkali dilihat berinteraksi dengan peminat sambil melantak maggi cup jenama tersebut.

Sumber: seoul daum

loading...