Empat tahun menyulam kasih, Lee Si Eon akhirnya mengahwini Seo Ji Sung hari ini

No photo description available.

Lee Si Eon memeterai ikatan perkahwinan dengan Seo Ji Sung di dalam satu majlis pernikahan kecil-kecilan yang dibuat di pulau Jeju pada hari ini, 25 Disember 2021.

Pasangan ini dikatakan berjaya menjalinkan hubungan cinta selama empat tahun tanpa dapat dihidu oleh pihak media. Mereka dijangka akan pulang semula ke Seoul selepas majlis kahwin selesai tanpa berbulan madu, seterusnya melakukan aktiviti seni seperti biasa.

Lee Si Eon dikenali menerusi drama MBC “Friend, Our Legend”, SBS “Remember: War of the Son”, tvN “Live” dan tvN “Reply 1997” manakala Seo Ji Sung pula menerusi drama KBS “Sharp”.

Selamat pengantin baru, Lee Si Eon dan Seo Ji Sung.

Sumber: newsen

loading...