Namjoon dan Jin BTS sah dijangkiti Covid-19

Jin dan Namjoon telah dijangkiti Covid-19.

Menurut jurucakap Big Hit Ent,kedua-duanya menjalani ujian PCR pada hari ini 25 Disember 2021 dan disahkan positif Covid-19. Namjoon dan Jin masing-masing telah kembali semula ke Korea pada 20 Disember dan 6 Disember 2021, namun keputusan ujian PCR pada masa itu menunjukkan ianya negatif.

Setakat ini, Namjoon tidak menunjukkan sebarang gejala manakala Jin pula mengalami demam. Mereka telah diarahkan untuk kuarantin di rumah.

Selain Jin dan Namjoon, Suga juga didapati telah dijangkiti virus berkenaan kelmarin meskipun ketiga-tiga mereka telah pun menerima dua dos suntikan vaksin.

loading...