Seorang Youtuber ternama, “Class B Issue” mendakwa Yoo Ah In sedang menjalani hubungan cinta dengan seorang jurukamera berbakat dari Seoul National University.
Selepas mengenalpasti identiti lelaki berkenaan, Youtuber itu mendakwa lelaki berkenaan ialah kekasih gelap Yoo Ah In. Alasan yang diberikannya ialah mereka pernah membuat ‘Lovestagram’ bersama setelah bergambar berdua-duaan.
Yoo Ah In pernah mengeposkan gambar lelaki itu di laman sosialnya bersertakan kapsyen, “Kenapa encik jurukamera buka matanya macam itu?.” Pada hari yang sama, lelaki itu terus membalas hantaran Yoo Ah In sambil menulis, “Kenapa awak pula bukak mata macam itu?”
Youtuber itu kemudiannya menyimpulkan kisah ‘cinta’ mereka dengan berharap golongan minoriti tetap mampu menghasilkan kerja yang bermutu tinggi hasil kasih sayang ditagih bersama. Video tersebut itu yang dimuatnaik sejak 8 Disember, setakat ini telah menjana bilangan tontonan sehingga 500,000 orang.
Berikutan video Youtuber yang tertular tersebut, Wiki Tree yang memuatnaik video sama di laman medianya cuba menghubungi Yoo Ah In walaupun setakat ini permintaannya belum lagi dilayan.
Ini bukan kali pertama Yoo Ah In dituduh gay. Beliau pernah menyangkal dakwaan itu sekeras-kerasnya pada tahun 2016 sambil berkata, “Khabar angin yang terumbang-ambing dan diputar belitkan. Aku sangat terluka dan geram sangat, lagi-lagi cerita sebegini mudah dipergunakan orang”.
Yoo Ah In baru saja membintangi drama Netflix Hellbound dan anda boleh tontonnya menerusi platform Netflix.