Hampir 1 juta unit telah terjual, NCT ungguli jualan album terlaris minggu ini, menurut Hanteo & Gaon

May be an image of 11 people and indoor

NCT, kumpulan kpop yang semakin meningkat naik, berjaya memperolehi jualan hampir mencecah satu juta unit di dalam seminggu.

Album yang diberikan judul sebagai ‘Universe’ itu adalah album studio ketiga keluaran NCT dan berjaya memungut 933,407 unit berpandukan data yang dikutip oleh Hanteo pada 13 hingga 21 Disember 2021 sekaligus menjuarai carta album Gaon pada minggu ini jauh mendahului pencabar, TWICE, Song Mino WINNER dan IVE.

Maka dengan itu, Hanteo turut mengurniakan pengiktirafan ’emas’ buat NCT setelah mencapai jualan melebihi 500,000 unit. Pencapaian album ketiga NCT ini juga adalah lebih baik berbanding album ‘NCT Resonance : Part 1″ mereka dengan unjuran sebanyak 30% peningkatan di dalam seminggu. Jualan yang dicapai NCT ini agak menepati ramalan susulan pencapaian rekod pembelian awal album itu seperti diumumkan oleh SM Ent. sebelum ini dengan 1.7 juta unit bakal dijual.

Album ‘Universe’ telah melancarkan dua buah single iaitu ‘Universe (Let’s Play Ball) dan ‘Beautiful’, lagu pemulihan yang mampu meredakan emosi dengan kesemua ahli NCT turut melibatkan sama. Selain ‘Universe’, projek SMTOWN 2022 : SMCU Express berkonsepkan tren subway akan menyusuli selepas ini apabila beberapa ahli NCT akan digandingkan dengan artis-artis di bawah jagaan SM Ent.

NCT akan membuat penampilan di SBS Gayo Dajeon pada 25 Disember 2021 ini.

Sumber: Hanteo, Gaon Chart, soompi

loading...