ATEEZ ungguli jualan album terlaris minggu ini dengan 188k unit dicapai, menurut Hanteo & Gaon

May be an image of 6 people

ATEEZ mengunggui jualan album terlaris pada minggu ini dengan 188k unit berjaya dicapai oleh mereka.

Album yang diberikan judul sebagai ‘Zero: Fever Epilogue’ itu berjaya memungut 188,116 unit berpandukan data yang dikutip oleh Hanteo pada 6 hingga 12 Disember 2021 sekaligus menjuarai carta album Gaon pada minggu ini mengatasi pencabar, Super Junior DNE, Lucy dan FT Islands. Maka dengan itu, ATEEZ berjaya mengumpulkan jumlah jualan albumnya melebihi 1.4 juta di dalam tahun 2021 ini saja menurut Hanteo, menjadikan mereka antara pelopor kumpulan kpop generasi ke-4 kini.

Berbekalkan konsep kembali ke sekolah dengan fesyen ‘old school’, album ini merupakan yang terakhir bagi melengkapkan edisi berkala Zero Fever dengan empat buah kesemuanya. Single kedua, ‘The Real’ menyusuli Turbulence’ dikeluarkan serentak dengan pelancaran album.

ATEEZ merupakan antara kumpulan kpop generasi keempat yang berjaya melebarkan pengaruh meluas di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Malah, mereka menjadi satu-satunya kumpulan kpop selain BTS, berada dalam kelompok top 10 yang disebut-sebut berulang-ulang di twitter Malaysia sepanjang tahun 2021.

Sumber: hanteo, gaon

loading...