Masih lagi hangat diperkatakan dengan peraturan baru Kerajaan China yang telah dikeluarkan dalam langkah membersihkan industri hiburan China.
Terbaru, Weibo telah mengantung akaun kelab peminat Jimin BTS dalam tempoh 60 hari. Perkara ini disedari oleh peminat apabila fanclub tersebut tidak boleh dimasuki pada 5 September 2021.
Untuk makluman, Weibo adalah media sosial dalam bentuk blog mikro, yang sering disamakan dengan Facebook dan Twitter, di mana media sosial tersebut telah disekat di China.
Ini berikutan dengan program kelab peminat Jimin yang melancarkan tabung dana dan dalam masa 1 jam telah berjaya mengumpul sebanyak 2.3 juta Yuan untuk meletakkan gambar Jimin di 3 buah kapalterbang milik Jeju Air.
Selain itu, kelab peminat Lisa juga telah menubuhkan tabung dana dan telah mengumpul sejumlah 9 juta Yuan untuk disumbangkan sempena pelancaran album solo Lisa yang akan dirilis pada 10 September 2021. Perkara ini telah pun mendapat notis amaran dari Kerajaan China dan kelab peminat tersebut telah memulangkan kembali kesemua wang kepada ahli yang menderma.
Salah satu peraturan yang telah dikuatkuasakan baru-baru ini adalah peminat tidak boleh menyalur atau membelanjakan wang ke atas selebriti.
Weibo menjelaskan bahawa ini adalah sebagai tindakbalas kepada pengumuman pengukuhan pengurusan kelab peminat yang tidak teratur pada 27 Ogos 2021 oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Pusat Maklumat Internet, China. Antaranya adalah melarang aktiviti kelab peminat mengumpul wang untuk selebriti, memperbanyakkan pembubaran kelab peminat dan melarang peminat bertelingkah atau bergaduh dengan kelab peminat yang lain.
Dalam masa yang sama, Weibo juga telah memanjangkan pengantungan hampir 21 kelab peminar artis Korea antaranya BTS, Blackpink, IU dan Sehun.