Jung Ilhoon bekas ahli BTOB dijatuhkan hukuman 2 tahun penjara kerana membeli dan menggunakan ganja

Bekas ahli kumpulan BTOB, Jung Ilhoon telah menerima hukuman penjara kerana membeli dan menggunakan ganja.

Pada 10 Jun,  Ilhoon dijatuhi hukuman dua tahun penjara dan denda 133 juta won (RM491,182) kerana membeli dan menggunakan ganja sebanyak 161 kali dalam jangka waktu yang sama.

Hakim kanan Mahkamah Daerah Seoul, Yang Cheol-han menjatuhkan hukuman terhadap penyanyi rapper berusia 26 tahun. Hakim juga menganggap perlu untuk menangkapnya di mahkamah kerana berkemungkinan Ilhoon akan melarikan diri.

Pihak pendakwaan sebelumnya telah meminta hukuman empat tahun penjara atas kesalahannya, yang didedahkan tahun lalu (2020). Dia kemudian meninggalkan BTOB pada bulan Disember danpada Mei 2020, dia memulakan khidmat negaranya.

Dia dan tujuh defendan lain diadili kerana membeli 826 g ganja dengan nilai 130 juta won (RM491,104) dan menghisapnya 161 kali antara 5 Julai 2016, dan 9 Jan 2019. Bergantung pada jumlah kekerapan mereka menghisap ganja, tujuh defendan lain menerima hukuman yang berbeza antara 1½ hingga dua tahun, atau hukuman yang ditangguhkan.

Peguamnya memohon kelonggaran selama perbicaraan, dengan mengatakan pelanggan mereka mempunyai masa yang sukar sebagai idola. “Dia bekerja di industri hiburan pada usia muda dan dia berusaha menghilangkan tekanan dengan cara yang salah.”

Mahkamah mengatakan “Terdakwa berkomunikasi melalui laman web gelap agar kegiatan jenayah mereka tidak dapat dikesan dengan mudah dan mereka menggunakan kaedah jenayah yang terperinci seperti membuat transaksi dengan cryptocurrency Bitcoin.”

Berkenaan dengan Ilhoon dan seorang defendan lain, Park, makhamah memberitahu, “Kedua-dua defendan memainkan peranan utama dan melakukan tindakan jenayah berkali-kali.”

Sumber : Yonhap news | sportsseoul

loading...