Tubuh sasa coklat Park Ji Hoon menjadi ‘santapan’ petang warga twitter Malaysia untuk suatu ketika

Park Ji Hoon telah membuatkan warga Malaysia tak keruan terutamanya dalam kalangan pengguna twitter kerana dia dengan sengaja mempamerkan tubuh keding sasanya di hadapan ribuan penonton konsert terakhir Wanna One yang berlangsung di Gocheok Skydome, Seoul semalam. Umum diketahui, Park Ji Hoon merupakan ahli kumpulan Wanna One yang jarang menunjukkan tubuhnya tanpa melakukan sesuatu terhadapnya.

Gambarnya di pentas konsert itu sempat dipetik oleh peminat Wannables di bawah dan lalu dimuatnaik ke dalam laman sosial twitter sebelum diulang kicau oleh warga twitter termasuk rakyat Malaysia. Ia sekaligus telah berjaya mendapat sohor kini (“trendings”) tertinggi di rantau Malaysia untuk suatu ketika. Peminat Wannables juga turut mengimbau kenangan lalu bahawa Park Ji Hoon pernah berjanji untuk bekerja kuat bagi mendapatkan tubuh yang sasa sewaktu dia bergiat dalam rancangan Produce 101 lagi.

Sebaik selesai melunaskan jelajah akhir bersama rakan-rakan sekumpulan Wanna One, Park Ji Hoon akan mengadakan sesi pertemuan bersama berminat bertempat di Seoul pada 9th Februari 2019 dan belum berkira-kira lagi untuk melancarkan apa-apa single terbaru selepas Wanna One terbubar pada akhir Disember lalu.

Sumber: twitter #hashtag Park Ji Hoon

loading...