Lagu debut Jepun ENHYPEN, “Forget Me Not” jadi ‘opening theme’ siri animasi “Re-Main”

Kumpulan rookie ENHYPEN akan debut untuk album Jepun sepenuhnya “BORDER : 儚い” (“BORDER: Hakanai”) pada 6 Julai depan.

Apa yang menariknya, lagu mereka “Forget Me Not” telah dipilih menjadi lagu pembukaan untuk siri animasi baru TV Asahi bertajuk ‘Re-Main’.

“Forget Me Not”, adalah sebahagian daripada album single pertama Jepun ENHYPEN “BORDER : 儚い” (“BORDER: Hakanai”). Ini juga sebagai permulaan kumpulan itu memperluaskan aktiviti seni mereka dan merancakkan dunia hiburan muzik Jepun. Turut dimuatkan dalam album ini adalah lagu “Given-Taken” dan “Let Me In (20 Cube)” dalam versi bahasa Jepun.

Sememtara itu, siri animasi TV Asahi ‘Re-Main’ , dijadual untuk tayangan pada 3 Julai depan, iaitu lebih kurang 3 hari awal sebelum pelancaran ENHYPEN “BORDER : 儚い” (“BORDER: Hakanai”) yang bakal dilancarkan pada 6 Julai.

Apapun, selamat maju jaya buat ENHYPEN.

loading...