iQiyi International Lancar 7 Siri C-Drama Romantik Mulai Mei Sehingga September Depan

Tujuh drama romantik Cina akan ditayangkan di platform digital iQiyi, dengan lebih 600 jam senarai tontonan romantik dari Asia bermula 20 Mei hingga 7 September ini. 

Malaysia, 25 Mei 2021 – Mari kita hidupkan saat romantik bersama iQiyi Mei ini dengan susunan khas SWEET ON, sejumlah 600 jam drama bersiri dan filem romantik dari Asia, bersama 7 drama Cina romantik terbaharu yang bakal ditayangkan di iQ.com, bermula dari 20 Mei 2021.

Koleksi siri romantik original SWEET ON seperti Story of Yanxi Palace, Love is Sweet, dan Backstreet Rookie telah berjaya mengumpul pengikut tersendiri di iQiyi. Ini akan disusuli dengan tujuh lagi drama Cina menarik iaitu Moonlight, Make a Wish, Sweet Teeth, Forever and Ever, Love Under The Full Moon, The Day of Becoming You dan First Love Again

Ini adalah koleksi kedua untuk pengguna iQiyi antarabangsa bagi memenuhi komitmen dalam menyajikan karya romantik terbaik Asia selepas berjaya dengan koleksi LIGHTS ON yang memaparkan siri thriller dan jenayah termasuk siri original terikenal iQiyi, The Bad Kids.

iQiyi Raikan Cinta dengan Koleksi Romantik Asia Terpilih

Menerusi tujuh tajuk hebat SWEET ON, bersiap sedialah dengan maraton penuh emosi yang bakal membuatkan anda menangis dan ketawa selain memilih OTP kegemaran (seperti dalam ‘One True Pairing’). Sejak 20 Mei lalu, (520, nombor yang mempunyai sebutan ‘wo ai ni’ dalam Bahasa Cina yang bermaksud ‘saya cintakan awak’) peminat drama & filem romantik boleh menikmati lebih dari 600 jam senarai tontonan yang akan ditambah dari masa ke semasa.

Siri Original Korea pertama iQiyi, My Roommate is Gumiho dan Monthly House Magazine yang dibintangi Kim Ji Suk dan koleksi drama popular sedia ada seperti Descendants of the Sun, The Blooms at Ruyi Pavillion, Dinner Mate dan Love is Sweet juga antara yang rancangan yang boleh ditonton. Selain itu, senarai tontonan tempatan juga bakal menyusul seperti Shakira, Mr Bibik, Saat Kau Takluk Cinta Ini yang boleh ditonton oleh pelanggan iQiyi pada bila-bila masa, dimana-mana sahaja. 

Ini destinasi cinta anda untuk empat bulan akan datang

iQiyi International juga akan memperkenalkan LOVE LESSONS, laman sosial khas untuk peminat-peminat drama percintaan. Peminat dapat mengikuti kandungan eksklusif di laman sosial iQiyi Malaysia yang bakal menampilkan pelbagai petua untuk merancang temu janji terbaik dan banyak lagi. Petua-petua ini diambil dari drama dan selebriti kegemaran setiap minggu sepanjang kempen ini berlangsung.  

Koleksi romantik Asia iQiyi akan diletakkan di bawah ruangan khusus sepanjang kempen ini berlangsung. Ia boleh ditonton melalui aplikasi di telefon mudah alih dan di laman sesawang dengan laman yang mesra pengguna termasuk menetapkan kelajuan tayangan, penetapan kualiti resolusi tinggi (1080p dan 4K) beserta 10 pilihan sari kata. Peminat juga boleh menekan butang ulangan bagi melihat idola kesayangan mereka dalam definisi tinggi serta gerakan perlahan untuk menikmati detik-detik terbaik.

Jom saksikan Official Trailer koleksi Sweet On yang menampilkan 7 C-Drama Romantik ini

Untuk maklumat lanjut iQiyi boleh dicapai menerusi laman sosial rasmi mereka seperti di bawah

Media sosial iQiyi Malaysia:

Facebook : https://www.facebook.com/iqiyimalaysia
Instagram : https://www.instagram.com/iqiyimalaysia
YouTube : https://youtube.com/iqiyimalaysia
Twitter : https://twitter.com/iqiyimalaysia
TikTok : https://www.tiktok.com/@iqiyi_malaysia

iQiyi boleh ditonton menerusi secara atas talian dan juga dengan memuat turun aplikasi tersebut ditelefon pintar anda.

loading...