April 2021 bakal siarkan 5 drama Korea terbaru untuk tontonan anda

Annyeong, chinguyaa~~ Sedar tak sedar, April is coming dan Ramadhan pun hampir tiba! Kita masih lagi dalam proses melawan Pandemik Covid-19, namun tayangan drama Korea tetap diteruskan.

Well, seperti biasa, ini dia 5 buah drama Korea terbaru yang akan memulakan siarannya sepanjang April 2021. So, let’s check it out the list.

1. Deluxe Taxi/Taxi Driver (SBS)

SBS Deluxe Taxi yang diadaptasikan daripada webtoon dengan judul sama, berkisarkan tentang teksi yang menyediakan perkhidmatan khususnya buat mereka yang mencari seseorang untuk membalas dendam. Pemandu teksi berkenaan akan menunaikan hasrat pelanggan itu dengan membawa penumpang dan membalas dendam bagi pihaknya.

Lee Je Hoon akan membawakan watak Kim Do-ki, seorang yang begitu berkeyakinan tinggi, juga berkemahiran tinggi, namun hidupnya jadi terumbang-ambing apabila mendapati ibunya menjadi mangsa pembunuh bersiri. Kim Do Ki memilih bekerja sebagai pemandu teksi di bawah naungan syarikat Rainbow Taxi, kendalian CEO Jang Sang Cheol (bakal dilakonkan oleh Kim Eui Sung).

Esom pula akan memegang watak Kang Ha Na, seorang pendakwaraya yang memilih kerjaya ini setelah menyaksikan pendakwaraya mampu menghukum pesalah dengan kejam tetapi masih dipuji merata manakala Naeun APRIL pula sedang mempertimbangkan tawaran watak tertentu yang diberikan kepadanya.

Lee Je Hoon yang pernah memenangi Best Supporting Actor CARI Kdrama Awards menerusi drama SBS Secret Door ini dikenali dengan watak detektif profiler di drama tvN Signal. Manakala Esom yang lebih sibuk dengan perfileman, pernah dikenali menerusi drama-drama seperti tvN Because This Is My First Life di mana beliau menerima pencalonan Best Supporting Actress CARI Kdrama Awards. Dalam masa yang sama, Lee Je Hoon juga mempunyai projek drama bersama Netflix berjudul Move To Heaven.

SBS “Deluxe Taxi” mendapat sentuhan sutradara Park Joon Woo (SBS “Doctor Detective”) dan penulis skrip Oh Sang Ho ini, bakal disiarkan mulai 10 April depan pada setiap Sabtu dan Ahad, jam 9.45 malam menerusi ONE TV Asia bagi menggantikan tayangan drama “Penthouse 2” yang akan berakhir.

2. Great Real Estate / Daebak Real Estate/ Sell Your Haunted House (KBS)

“Great Real Estate” adalah drama mistik mengenai broker hartanah yang mengusir dan membersihkan bangunan di mana hantu sering bertandang dan juga terdapat kematian ditempat tersebut.

Jang Nara telah ditawarkan watak sebagai Hong Ji Ah, bos dan pengusir hantu di Daebak Real Estate. Meskipun dia kelihatan sempurna dengan kecantikan serta kepintarannya, namun sebenarnya dia merupakan penghalau hantu yang panas baran di mana dia terlebih dahulu beraksi sebelum berkata-kata . Hong Ji Ah mewarisi kemampuan tersebut daripada ibunya.

Jung Yong Hwa pula ditawarkan watak Oh In Bum, seorang penipu yang tidak mempercayai hantu tetapi menggunakannya untuk mendapatkan wang. Dia mempunyai set kemahiran yang sempurna untuk penipu,  malah dapat meramalkan apa yang bakal terjadi dengan kemahiran pemerhatian dan logik yang baik dalam apa jua keadaan. Hong Ji Ah kemudiannya akan bekerjasama dengan Oh In Bum untuk menyelesaikan rahsia di sebalik kematian ibunya 20 tahun yang lalu.

“Great Real Estate” akan ditayangkan menerusi KBS World TV Astro Ch 391 dan Ch 392 HD mulai 15 April pada setiap Khamis dan Jumaat, jam 9.10 malam. Drama ini juga boleh ditonton menerusi Astro Go.

3. Law School (JTBC)

Drama “Law School” menceritakan tentang mahasiswa dan profesor dari sekolah perundangan yang paling top di Korea Selatan. Siswa dan profesor itu akan terjebak ke dalam kes yang luar biasa.

Kim Myung Min membawakan watak Yang Jong Hoon, seorang profesor undang-undang jenayah yang pernah menjadi pendakwaraya elit. Kata-katanya yang kasar menjadikannya profesor No. 1 yang harus dihindari di kalangan pelajar, tetapi ada sesuatu yang mengasyikkan mengenai kaedah pengajarannya yang tegas yang enggan menerima kurang daripada yang terbaik dari masa depannya sebagai junior dalam profesion undang-undang.

Lee Jung Eun pula sebagai Kim Eun Sook, seorang profesor undang-undang sivil yang dulunya menjadi ketua klinik perkhidmatan undang-undang untuk memberikan perkhidmatan perundangan percuma. Dia terkenal sebagai profesor di sekolah undang-undang. Dia juga satu-satunya rakan di mana Yang Jong Hoon percaya.

Oh Jung Hee lakonan Gil Hae Yeon sebagai presiden sekolah dan profesor undang-undang perlembagaan dan naib presiden iaitu Kang Joo Man dilakonkan oleh Oh Man Seok.

Pelajar sekolah undang-undang ini memiliki latarbelakang yang berbeza. Kim Bum melakonkan watak Han Joon Hwi, seorang pelajar tahun satu undang-undang yang genius dan memiliki gred yang bagus. Dia seorang pemimpin semula jadi dengan memiliki rupa yang tampan serta daya tarikan yang menarik sehingga menjadikannnya manusia yang sempurna. Walau bagaimanapun, dia mempunyai sisi yang tidak dijangka yang harus disembunyikan.

Kang Sol A (Ryu Hye Young) adalah pelajar undang-undang tahun pertama yang mengatasi kemiskinan dan nasib malang di zaman kanak-kanak untuk mendapat kemasukan khas ke sekolah undang-undang, sedangkan Kang Sol B (Lee Soo Kyung) dilahirkan dengan dengan serba kemewahan. Biarpun nama mereka hampir sama, tetapi personaliti keduanya jauh berbeza. Keluarga Seo Ji Ho (David Lee) tiba-tiba berdepan masalah, dan dia menganggap sekolah undang-undang sebagai peluang untuk menaikkan statusnya. Jeon Ye Seol (Go Yoon Jung) adalah seorang pelajar cantik yang selalu disukai ramai, dan Yoo Seung Jae (Hyun Woo) adalah pelajar perundangan yang bergelar doktor.

“Law School” akan bersiaran dirangkaian JTBC mulai 14 April ini pada setiap Rabu dan Khamis. Drama ini juga boleh ditonton menerusi Netflix pada hari yang sama.

4. Undercover (JTBC)

“Undercover” adalah sebuah drama berdasarkan siri tv Amerika Syarikat, BBC dengan tajuk yang sama. Ia mengisahkan Han Jung Hyun, yang telah lama menyembunyikan identitinya, dan Choi Yeon Soo, seorang peguam hak asasi manusia yang menjadi ketua pertama Penyiasatan Rasuah untuk Pegawai Tinggi Corruption Investigation Office for High-ranking Officials (CIO). Pertempuran sengit bermula untuk melindungi cinta dan keadilan dari kuasa besar yang menguasai negara dalam mendapatkan keuntungan.

Ji Jin Hee membawakan watak Han Jung Hyun, ejen rahsia Perkhidmatan Perisikan Nasional (NIS) yang menyembunyikan identiti sebenarnya sejak jatuh cinta dengan Choi Yeon Soo. Walaupun meninggalkan kesemua yang dia miliki dan hidup dengan identiti palsu, kehidupan rahsia Han Jung Hyun terancam apabila isterinya Choi Yeon Soo, lakonan Kim Hyun Joo dicalonkan untuk jawatan CIO. Peguam Choi Yeon Soo menjadikan keadilan dan kebenaran sebagai misi hidupnya, namun dalam pada itu dia menemui kebenaran yang mengejutkan.

“Undercover” digarap oleh sutradara Song Hyun Wook, yang pernah mengawahkan drama “Graceful Friends” dan “Another Miss Oh”. Drama ini akan mula bersiaran pada 16 April pada setiap Jumaat dan Sabtu menerusi rangkaian JTBC.

5. Dark Hole (OCN)

“Dark Hole” adalah drama “survival mutan” tentang apa yang berlaku pada sekumpulan mangsa yang terselamat ketika manusia lain mula berubah menjadi mutan setelah menghirup asap gelap misteri dari lubang pembuangan.

Lee Hwa Sun (lakonan Kim Ok Bin) adalah seorang detektif polis di unit penyiasatan wilayah Seoul. Kehidupan Lee Hwa Sun berubah ketika dia menerima panggilan telefon dari pembunuh suaminya, yang memintanya datang ke Kota Muji. Nampaknya, orang-orang di Kota Muji telah berubah menjadi mutan setelah menyedut asap gelap yang misteri. Dia tidak hanya harus berjuang untuk bertahan hidup tetapi juga melawan ketakutannya untuk menangkap pembunuh suaminya.

Yoo Tae Han (lakonan Lee Joon Hyuk) adalah penduduk asal Kota Muji dan seorang pemandu lori sampah. Dia mempunyai keperibadian yang ceria dan suka bergurau, tetapi dia mempunyai semangat keadilan yang kuat. Yoo Tae Han berhenti menjadi polis kerana skandal yang disebabkan oleh salah faham, tetapi tetap berbangga dengan tugasnya sebagau polis. dia bangga dengan hari-harinya di polis. Ketika bertemu dengan Lee Hwa Sun dalam kekacauan di Kota Muji, dia mengabdikan hidupnya untuk menyelamatkan orang lain dari bahaya.

“Dark Hole” disutradarai oleh Kim Bong Joo, serta naskahnya dinukilkan oleh Jung Yi Do yang juga menulis untuk drama-drama Korea thriller lainnya, seperti “Save Me” dan “Stranger From Hell”. Drama ini akan bersiaran dirangkaian OCN mulai 16 April depan pada setiap Sabtu dan Ahad.

Jadi, buat peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa kemaskini jika terdapat sebarang perubahan. Happy watching, guys!  Apapun, please wearing your mask especially in the public, always wash your hand, using hand sanitizer regularly, apply social distancing and sila patuh kepada SOP yang ditetapkan. (Keep on repeating this to spread the awareness). Those yang beragama Islam, penulis juga nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa.

loading...