Youn Yuh Jung, lakar sejarah artis kelahiran Korea yang pertama tercalon kategori lakonan OSCAR

May be an image of 1 person, tree and outdoors

Youn Yuh Jung, mencipta sejarah menjadi pelakon pertama kelahiran Korea yang tercalon di dalam mana-mana kategori lakonan anugerah Academy Oscar.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh Oscar tadi, Youn Yuh Jung tercalon menerusi filem Minari di samping Amanda Seyfried (Mank), Maria Bakalova (Borat), Olivia Colman (The Father), dan Glenn Close (Hillbilly Elegy) di dalam kategori Best Supporting Actress.

Turut tercalon ialah Lee Isaac Chung ialah pengarah berbangsa Korea tapi lahir di tanah Amerika Syarikat untuk kategori Best Director menerusi filem Minari manakala Steven Yeun pula yang merupakan pelakon berbangsa Korea kelahiran Korea juga tapi kini menumpukan kerjaya sepenuhnya di Amerika Syarikat, turut tercalon kategori Best Actor. Steven Yeun secara teknikalnya, adalah pelakon lelaki berbangsa Korea yang pertama berjaya berbuat demikian.

Youn Yuh Jung sebelum ini diramal bakal menghuni pencalonan kategori tersebut setelah tercalon di dalam Screen Guilds Awards dan Critic Choice Awards. Pencapaian Youn Yuh Jung mengikuti kejayaan beberapa krew kelahiran Korea seperti pengarah Bong Joon Ho yang memenangi Oscar pada tahun sebelumnya melalui filem arahannya sendiri, Parasite.

Tahniah diucapkan buat Youn Yuh Jung.

Sumber: OSCAR

loading...