[Gempar] Yunho TVXQ dilaporkan cuba cabut lari sebaik saja premis hiburan tak berdaftar diserbu, dedah MBC Newsdesk

May be an image of 3 people and text

Yunho TVXQ kini sedang disiasat di atas perbuatannya melanggar arahan penjarakkan sosial Covid-19 setelah memilih untuk tinggal di ‘restoren’ melebihi tempoh masa yang dibenarkan yakni sehingga jam 10 malam.

Penyanyi dan pelakon berusia 35 tahun itu dilaporkan sebelum ini tetap berada di ‘restoren’ berkenaan yang bertempat di Gangnam pada Februari 2021 lalu sehingga jam tengah malam bersama-sama dengan tiga kenalan rapatnya. Susulan pendedahan berikut, Yunho membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Aku begitu malu dan marah dengan perbuatanku yang leka sehingga mengabaikan arahan yang ditetapkan untuk waktu perniagaan kerana berjumpa dengan kawan-kawan. Ramai mesti marah dengan perbuatanku ini,” kata Yunho pada 10 Mac 2021.

Bagaimanapun, di dalam laporan eksklusif oleh MBC Newsdesk hari ini, Yunho dikatakan cuba cabut lari sementara kenalannya bergelut dengan polis sewaktu premis hiburan yang tak berdaftar merujuk kepada ‘restoren’ tersebut diserbu oleh polis. Premis hiburan berikut bukan sewenang-wenangnya boleh dikunjungi tanpa membuat tempahan terlebih dahulu. Walaupun didaftar sebagai ‘restoren’ secara luarannya, premis tersebut mengandungi beberapa buah bilik yang disambungkan dengan satu koridor yang mana beberapa orang pelayan wanita dilihat masuk dan keluar.


MBC Newsdesk turut mendedahkan Yunho meneguk arak bersama tiga orang kenalannya sambil ditemani oleh seorang pekerja wanita. Ketika diserbu, kenalan-kenalannya cuba bergelut dengan pihak polis bagi membolehkan Yunho cabut lari, namun tidak berdaya berbuat demikian selepas tangan mereka masing-masing telah digari.

Rentetan daripada itu, siasatan akan dibuat samada mereka telah mengganggu polis melaksanakan tugasnya selain kesalahan melanggar arahan penjarakkan sosial.

Sumber: mbc news

loading...