Penantian solo ‘debut’ Rose Blackpink mungkin tidak lagi disia-siakan.
Sempena meraikan album solo ‘debut’ berjudul ‘R’ pada 12 Mac 2021 hari ini, Rose muncul di dalam rakaman awal SBS My Ugly Club sebagai hos undangan. Album mini single ini mengandungi dua buah lagu berjudul “On The Ground” dan “Gone”.
Baru-baru ini, Rose Blackpink mengaku menangis teruk bukan kerana pencapaian pembelian awal album debut solonya yang sudah mencecah 400k unit, tetapi kerana makanan.
“Aku menangis kerana dapat melantak makanan yang sedap,” ujar Rose sehingga mengundang tawa hadirin.
Rose juga mendakwa dia pernah berlatih selama 14 jam sehari dan bekerja penuh gigih. Akan tetapi, dia terpaksa juga memecahkan tabu tersebut dengan melaksanakan operasi tidur, disebutnya sebagai ‘Operasi 007’ lantas membuatkan hadirin tergelak mendengarnya.
Episod SBS Ugly Club ini akan disiarkan secara rasmi pada jam 8.05 malam pada 14 Mac 2021.
Sempena mempromosikan album R, Rose juga akan membuat kemunculan sulung di dalam ‘The Tonight Show Starring With Jimmy Fallon’ pada hari yang sama. Rose dijangka akan mempersembahkan lagu “On The Ground”.
Sumber: sbs news