Bergurau seks tapi bukan berniat ditujukan kepada ‘mangsa buli’, Mingyu SEVENTEEN mohon maaf secara peribadi dengannya

May be an image of 1 person

Pledis Ent. mengeluarkan kenyataan bahawasanya Mingyu Seventeen sudah pun menghulurkan permohonan maafnya kepada mangsa buli terbabit.

“Kami sudah menyemak fakta pengaku yang mendakwa sebagai bekas rakan sekolah satu akademi (hakwon) dengan Mingyu. Kami sudah menghubunginya beberapa kali dan mengesahkan bahawa mereka berdua sudah pun menyelesaikan salah faham berlaku di antara mereka. Pengaku didapati telah mengalami berbagai-bagai perkara tidak berkait dengan anak buah kami ketika di sekolah menengah dan akhirnya menceritakan apa yang berlaku ketika dia belajar akademi bersama-sama dengan Mingyu,” kata jurucakap agensi itu.

“Walaupun Mingyu memang pernah bergurau seks sesama pelajar lelaki lain, Mingyu tidak menamakan sesiapa sehingga tergamak untuk ‘membuli’ atau menyakiti seseorang. Tetapi, Mingyu sedar dan akhirnya memohon maaf kerana mengakibatkan pengaku berhadapan dengan kesukaran hidup dan tidak selesa dengannya. Pengaku telah menerima permohonan maaf Mingyu dan berharap moga Mingyu tidak direhatkan daripada segala aktiviti seninya, malah sehingga dipaksa keluar daripada SEVENTEEN,” tambah jurucakap agensi itu lagi yang sudah pun mengesahkan kandungan kenyataan rasmi hari ini dengan mangsa buli berkenaan.

Baca lagi: Bekas rakan sekolah dakwa Mingyu SEVENTEEN suka bergurau seks & membuli budak OKU ; “Tidak benar sama sekali Mingyu buli budak OKU” – Pledis sahihkan selepas pertemuan bersama ibu mangsa

Terdahulu, Mingyu menafikan dakwaan yang mengatakan beliau pernah membuli budak OKU dalam satu kenyataan berasingan.  Kenyataan rasmi hari ini berhubung kepada tuduhan bergurau seks pernah didedahkan oleh seorang mangsa buli perempuan sebelum ini.

Sumber: cafe daum

loading...