Soojin (G)I-DLE akan direhatkan daripada segala aktiviti seni buat sementara.
Jurucakap Cube Ent. berkata, “Kami sudah menyemak situasi tersebut dengan jiran-jiran termasuklah cikgu dan kenalan sekolah Soojin yang lain. Ia memang betul mereka pernah bergaduh, tetapi tuduhan yang mengatakan Soojin bertindak ganas terhadapnya tidak dapat disahihkan. Kami cuba nak berjumpa dengan pihak terbabit tetapi permintaan kami ditolak. Kami tetap juga akan mengadakan pertemuan dari hati ke hati dengan pihak terbabit sekiranya dia mahu. Atas sebab itu, Soojin memberhentikan segala aktiviti seninya dan (G)I-DLE akan beroperasi dengan 5 orang ahli saja setakat ini.”
Pada 20 Feb 2021 lalu, dua orang netizen mendakwa sebagai bekas rakan sekolahnya dan kakak kepada rakan sekolahnya itu, menuduh Soojin telah membulinya.
“Adik aku pergi ke sekolah menengah Waw dan lahir pada tahun 1998. Dia tinggal di Hwaseong. Perempuan yang tampar adik aku, ambil duit dia, buli dia tanpa rasa malu muncul di dalam TV. ” – Kakak ‘mangsa’
“Selepas Soojin bawa ke tandas sebuah pusat beli-belah, dia cakap, ‘Aku akan pukul kepalanya dulu’ sambil menampar muka aku. Selepas itu, dia arahkan kawan aku supaya memukul aku pula. ‘Kini tiba giliran untuk kau pukul dia pula.’ Kami terpaksa saling menampar muka antara satu lain. Dia akan memaksa aku minum baki air minumannya, dan mengambil duit aku kerana aku kena membayarnya. Dia juga ambil uniform orang lain dan memakainya tanpa memulangkannya kembali. Dia akan bising-bising di pekan sambil menunggang motor bersama jantan penyangak lain.” – ‘Mangsa’
Rentetan dengan pendedahan tuduhan buli berkenaan, Cube Entertainment membuat kenyataan menyangkal segala dakwaan tersebut dan mahu bertindak tegas terhadapnya. Belum pun sudah Cube Ent. membuat penafian, pelakon Seo Shin Ae yang terpalit dengan dakwaan buli oleh Soojin yang dibuat oleh netizen lain pada 3 Feb 2021 lalu tidak menafikannya menerusi hantaran berbentuk sindiran halus (‘Bukan alasan lagi’) dibuat olehnya di dalam laman instagram pada 22 Feb 2021 semalam.
“Kau cakap begini pada mangsa lain (dispekulasikan sebagai pelakon Seo Shin Ae), ‘Hey kau, perempuan keparat. Kau bbang– ddong–!. Kau nak buat apa lagi tanpa mak ayah?. Kau memaksa dia bergaduh tanpa sebab, malah menyuruhnya memendekkan skit.” – netizen mendakwanya pada 3 Feb 2021 lalu.
Soojin (G)I-DLE akhirnya bercakap mengenai desas-desus berkenaan dan mendakwa tuduhan berkait dengan dirinya telah dimanipulasikan.
“Ya memang betul aku pernah dikaitkan dengan hal-hal negatif ketika di sekolah dulu. Aku pernah pakai baju yang tak berapa sesuai dengan peraturan sekolah dan juga merokok kerana sifat ingin tahu kerana pernah memberontak ketika dulu. Tapi sejak itu, aku tidak lagi merokok dan cuba berubah. Tak semua perkara yang diceritakan betul. Aku sentiasa menganggap orang yang tuduh aku buli itu sebagai kawan.Aku teringat macammana aku berkongsi makanan dengannya dan pergi tengok wayang bersama-sama dia dan kakaknya. Kakaknya juga pernah bantu aku ketika seorang senior cuba mengugut aku. Terima kasih kerana memberikan aku memori yang baik. Tapi memikirkan balik hantaran dibuat olehnya tempoh hari kenapalah hubungan kami semakin beretakkan, aku pernah bergaduh dengannya kerana mendapati dia telah memungkiri janjinya berulang-ulang kali. Kerana tidak lagi tahan, aku pernah mencarut semasa cuba hubunginya dengan telefon. Kakaknya terdengar dan memarahiku. Aku minta maaf sebelum mematikan telefon. Sejak daripada itu, kami memang tidak sebulu sudah.” – Soojin