[Gempar] Adik lelaki dakwa Hyunjoo dibuli bekas rakan seangkatannya di dalam APRIL

May be an image of 3 people

Seorang netizen yang mengaku sebagai adik lelaki kepada Hyunjoo, bekas ahli APRIL yang meninggalkan kumpulan itu pada tahun 2015 kerana masalah kesihatan, mendakwa Hyunjoo dibuli oleh bekas rakan seangkatannya di dalam APRIL.

“Kakakku dikatakan meninggalkan APRIL kerana mahu menumpukan kepada karier lakonannya tetapi sebenarnya bukan. Dia telah dibuli di dalam kumpulan itu, sehingga menghidapi gangguan pernafasan dan serangan panik. Akhirnya, dia hampir-hampir nak bunuh diri. Mengenangkan balik kisah perit itu, hati kami sekeluarga turut hancur berkecai. Setelah Hyunjoo tinggalkan APRIL, aku hantar surat padanya, minta bagitahu agensi bahawa alasan dia tinggalkan agensi adalah kerana mahu berlakon. Maka, dia pun sampaikan. Aku ingat itu yang terbaik buatnya. Akan tetapi, kakakku kemudian telah dicop sebagai mengkhianati kawan-kawannya kerana mementingkan diri-sendiri dan ditohmah macam-macam sejak daripada itu. Dia tak langsung terima permohonan maaf daripada bekas rakan-rakannya di dalam APRIL, malah salah seorang kawannya sampaikan ketawa melihat mak kami yang datang menjenguk agensi itu dulu. Sampai sekarang, Hyunjoo masih bekerja kuat dan aku memendamkan luahan sehingga hari ini kerana takut akan merosakkan imejnya. Aku buat ini kerana aku meluat tengok ahli-ahli lain masih menjalani hidup dengan baik.” – Netizen A

Bagamanapun, sebagai respon terhadap dakwaan buli melibatkan Hyunjoo, DSP Media mahu menyemak kesahihan berkenaan laporan itu.

Sejak keluar daripada APRIL, Hyunjoo juga pernah cuba untuk kembali menjadi artis Kpop semula dengan menyertai KBS Idol Rebooting Show The Unit kemudiannya dan sempat menjadi kumpulan kpop baru UNI.T. Namun, UNI.T itu tidak bertahan lama dan akhirnya terbubar pada Oktober 2018. Hyunjoo kini menumpukan karier solonya di dalam bidang lakonan.

Sumber: nate

loading...