4 sebab kenapa kena tonton drama jtbc Flower Crew : Joseon Marriage Agency

Mari kita tengok apa yang menarik yang boleh dijadikan sebab untuk anda meluangkan masa bagi menonton drama jtbc Flower Crew : Joseon Marriage Agency ini. Drama ini menggantikan jtbc Moment of Eighteen yang baru saja habis bersiaran dalam slot hari Isnin dan Selasa dan bermula tayangannya di Korea pada hari ini, 16 September 2019.

1. Diadaptasikan daripada novel yang terinspirasi daripada kisah filem moden Cyrano Agency

Jika anda pernah menonton filem Cyrano Agency dahulu, anda mungkin sudah terbiasa dengan gubahan cerita bagaimana seorang lelaki yang terjatuh hati terhadap wanita, tak mampu untuk meluahkan rasa cintanya terhadapnya lalu meminta bantuan agensi cari jodoh untuk mempertemukan mereka dalam keadaan yang tidak disedari oleh wanita itu. Filem Cyrano Agency yang dibintangi oleh Uhm Tae Woong, Park Shin Hye dan Lee Min Jung ini tersangat sukses sehingga menghasilkan dramanya tersendiri terbitan tvN, ‘Dating Agency : Cyrano’ lakonan Lee Jong Hyuk dan Choi Sooyoung.

Seolah-olah jelmaan krew ‘Cyrano’ di dalam zaman silam pula, jtbc Flower Crew : Joseon Marriage Agency yang diadaptasi daripada novel nukilan Kim Yi Rang ini berkisarkan tentang seorang tukang besi bernama Lee Soo (lakonan oleh Seo Ji Hoon) di pekan sebelum tidak semena-mena bergelar raja Joseon pada usia 23 tahun setelah kematian ‘ayah’nya yang baru diketahuinya ialah raja Joseon. Disebabkan baginda dinaikkan sebagai raja, maka baginda mesti menjadikan bakal isterinya dari kalangan golongan bangsawan. Tapi, baginda mempunyai seorang kekasih hati yang dicintainya sebelum bergelar raja iaitu Gae-Ddong. Lee Soo dan Gae-Ddong hampir-hampir mengikat tali perkahwinan sebelum Lee Soo diculik oleh pengawal istana untuk dipaksa menjadi raja kemudiannya.

Oleh itu, Lee Soo yang tak mahu menerima pilihan ditentukan oleh pihak istana, telah menggunakan khidmat agensi cari jodoh, ‘Flower Crew Marriage Agency’ yang dipelopori oleh tiga orang jejaka kacak : Ma Hoon (lakonan Kim Min Jae), Do Joon (lakonan Byeon Woo Seok) dan Ko Young Soo (lakonan Park Ji Hoon) bagi menaikkan status ‘Gae-Ddong’ sebagai bangsawan lalu membolehkan statusnya diterima oleh rakyat umumnya sebagai seseorang yang memiliki keperibadian yang baik dan merendah diri.

2. Poster terbaru jtbc Flower Crew seakan-akan mirip dengan drama KBS Sunkyunkwan Scandal

Melihat kepada poster drama terbaru terbitan jtbc ini, jtbc Flower Crew : Joseon Marriage Agency pastinya mengingatkan anda pada drama Korea romantik yang popular sekian lama dahulu, iaitu KBS Sunkyunkwan Scandal dengan seorang gadis bergaya seperti lelaki dikelilingi dengan tiga orang jejaka kacak. Bezanya, kelibat Seo Ji Hoon tidak kelihatan di dalam poster di atas bakal membuatkan penonton tertanya-tanya apakah terjadi padanya.

Walaupun kedua-dua drama berkenaan tidak berkaitan langsung dari segi jalan ceritanya, namun apabila mengambil kira populariti dikecapi kesemua pelakon-pelakon tersebut selepasnya, jtbc Flower Crew mungkin cuba untuk mengulangi kejayaan yang sama. Apabila dicantumkan kedua-dua gambar poster di atas, Byun Woo Seok, Kim Min Jae, Gong Seung Yeon, dan  Park Ji Hoon masing-masing seolah-olah akan menyambung legasi ditinggalkan oleh Yoo Ah In, Park Yoo Chun, Park Min Young dan Song Joong Ki.

Ramai sudah ketahui bahawa Kim Min Jae yang juga merupakan bekas pelatih idol, pernah berlakon di dalam drama popular, tvN Gobin sebelum ini manakala Park Ji Hoon pula ialah mantan ahli kumpulan Wanna One yang terkenal dan baru menjinakkan diri semula dalam dunia lakonan sejak menceburkan diri sebagai pelakon kanak-kanak sekian masa dahulu. Begitu juga pelakon Gong Seung Yeon yang mempunyai resume-nya lakonannya tersendiri dan amat dikenali sebagai pasangan idealis kepada Seo Kang Joon di dalam drama romantik KBS Are You Human Too? pada tahun 2018, Byun Woo Seok dengan lakonan watak pembantu yang agak dikenangi di dalam tvN Search : WWW serta Seo Ji Hoon yang menyerlah sebagai calon suami Moon Chae Won di dalam drama tvN Mama Fairy and The Woodcutter.

3. ‘Twist’ tak dijangka-jangka daripada penulis skrip bakal membuatkan anda terlopong

Agak jarang untuk menyaksikan penulis novel bertindak menulis skrip untuk drama yang mengadaptasikan novelnya ke dalam layar emas. Sudah semestinya beliau bertanggungjawab terhadap nukilan novel dan skrip olahannya sendiri terutamanya apabila melibatkan ‘twist’ cerita yang digunapakai dan tak dijangka-jangka oleh penonton. Adakah penulis skrip ini akan mengubah jalan ceritanya pada saat-saat akhir nanti, seterusnya berlainan daripada apa yang ditulis di dalam novelnya?

Jika diperhatikan kelibat tiga orang jejaka tersebut dengan setiap daripada mereka memegang portpolio tertentu di dalam jtbc Flower Agency, sudah pastinya mereka tidak sekadar duduk saja-saja. Boleh jadi Gae-Ddong lebih selesa untuk bekerja menjadi wakil agensi cari jodoh tersebut daripada merelakan dirinya ‘dikurung’ sebagai bangsawan. Mungkinkah cinta juga berputik antara Ma Hoon dan Gae-Ddong, dan terpaksa merampas wanita itu daripada genggaman Lee Soo yang barangkali sudah berubah wajah kerana telah menjadi raja sepenuhnya? Sama-sama kita saksikan.

4. Gambar-gambar ‘pre-shoot’ agak menarik untuk dilihat dengan lebih dekat

Kim Min Jae sebagai “Ma Hoon”

Seo Ji Hoon sebagai “Lee Soo”

Park Ji Hoon sebagai “Ko Young Soo”

Byun Woo Seok sebagai “Do Joon”

Gong Seung Yoon sebagai “Gae-Ddong”

Stay tune with Kmania for the future broadcasting details in Malaysia.

loading...