25 Feb 2021: NETFLIX KOREA kini melangkah luas dipersada dunia diatas kejayaan beberapa drama bersiri yang mulanya ditayangkan untuk tetapan Asia.
Di dalam sidang media yang diadakan pada pagi hari ini, NETFLIX KOREA telah mempersembahkan senarai drama bersiri, filem, program realiti, sitcom di dalam kandungan khas dinamakan sebagai, NETFLIX : SEE WHAT’S NEXT KOREA 2021.
Pencapaian yang paling terbesar untuk industri perfileman Korea adalah Neflix telah membina 2 buah set studio produksi terbesar di Korea yang diberikan nama sebagai YCDSMC : Studio 139 yakni berkeluasan 9,000 ekar dan juga, Samsung Studio seluas 7,000 ekar yang terletak 51 KM di luar bandar Seoul di dalam daerah Gyeonggi-do. (hmm…penulis tidak tahu sama ada peminat boleh ke tidak mengunjungi studio ini?)
Sebelum ini telah terbina juga Studio 330 dan Studio 108 yang berskala 500 ekar dengan kesemua keempat-empat studio ini diletakkan di bawah YCDSMC (YEON CHEON DRAMA SET MANAGEMENT CORPORATION).
Setiap bangunan di dalam Studio 139 ini dilengkapi dengan CCTV dan WiFi dan menyediakan kelengkapan bilik khas untuk para pelakon, bilik persalinan yang agaqk besar, ruang makan yang sangat luas dan selesa, bilik mesyuarat, tempat rehat untuk pemandu dan juga bilik khas untuk para media. Tidak ketinggalan juga, kawasan lapang dan luas untuk kegunaan tempat letak kereta peribadi, media dan umum.
Antara drama yang telah dibikin menggunakan Studio 330 adalah KINGDOM (2019), THE KING : ETERNAL MONARCH, START-UP dan IT’S OKAY NOT TO BE OKAY. Manakala ‘SPACE SWEEPERS’ merupakan filem bergenre ‘si-fi’ pertama yang termahal pernah diterbitkan Netflix untuk tayangan Asia. Namun di sebalik pendedahan sebegini, drama siri KINGDOM juga yang telah membuka mata NETFLIX Global, sehingga menghasilkan perlaburan yang sangat lumayan diatas pajakan tanah untuk tempoh yang sangat panjang demi pembinaan Studio 139 dan Samsung Studio ini.
Menurut Kim Minyoung, Vice President of Content Netflix Korea-Asia di dalam sidang media yang berlangsung pada pagi tadi, NETFLIX : SEE WHAT’S NEXT, Netflix sendiri sudah pun mempunyai 3.8 juta ahli berbayar di Korea sahaja dan maka atas sebab itu, pasukan Netflix telah digerakkan untuk membelanjakan hampir USD$500 (~RM2.019 bilion) keatas drama bersiri dan filem Korea sahaja.
Dan dengan kejayaan filem ‘’SPACE SWEEPERS’ tersebut, akan menyusul pula, 2 filem baru iaitu ‘CARTER’ dan ‘MORAL SENSE’ akan diarah dan diterbitkan sepenuhnya oleh Netflix Korea untuk ditonton oleh kesemua lapisan masyarakat di 198 buah negara serata dunia.
Bakal menemui peminat untuk tayangan global seluruh dunia juga adalah 9 drama bersiri iaitu ‘KINGDOM : ASHIN OF THE NORTH’, ‘LOVE ALARM 2’, ‘MOVE TO HEAVEN’, D*P (DESERTER PURSUIT), ‘MY NAME’, ‘ALL OF US ARE DEAD’, ‘HELLBOUND’, ‘SQUID TEAM’, ‘THE SILENT SEA’
Selain itu juga, program realiti ‘PAIK’S SPIRIT’, komedi ‘stand-up’ iaitu ‘LEE SU-GEUN : THE SPECIAL COACH’ serta komedi komedi berkisarkan remaja sekolah yang akan dibintangi para idol dan pelajar antarabangsa di Korea iaitu ‘SO NOT WORTH IT’ juga akan menghiasi NETFLIX nanti.
Ok nantikan admin kmania membuat review untuk drama series yang akan datang.