Hyunjin Stray Kids ‘disorok’ sekejap daripada khalayak ramai, Yeji ITZY pula ganti tempatnya di MBC Show! Music Core

May be a closeup of 2 people

Berikutan skandal buli yang meliputi Hyunjin Stray Kids, tempat Hyunjin sebagai hos bersama Chani SF9 dan Minjoo IZONE di dalam MBC Show! Music Core bakal digantikan sementara oleh Yeji ITZY.

Pihak produksi dilaporkan berkata, “Hyunjin tidak dapat sertai sesi rakaman pada hari lusa, 27 Feb. Tempatnya bakal digantikan oleh junior daripada agensi sama, Yeji.”

Terdahulu, kehilangan Hyunjin di dalam persembahan khas Stray Kids di MBN Y Forum 2021 menjadi tanda tanya netizen sebelum JYP memaklumkan bahawa mereka hanya bertindak untuk menangguhkan jadual melibatkan anak buahnya itu. Dengan nada yang sama, JYP turut menegaskan bahawa mereka tetap akan bertindak tegas terhadap cubaan fitnah melibatkan Hyunjin sekiranya dakwaan buli didapati tidak benar.

Sementara itu, desas-desus Hyunjin bakal digugurkan dari Stray Kids disangkal sekeras-kerasnya oleh Lee Know di dalam sesi temubual bersama media semalam. “Aku berjumpa ‘8 kawan’ yang akan bersama-sama denganku sehingga ke akhir hayat dan ikuti kemana saja aku pergi. Terima kasihlah kepada pilihan aku yang buat ini, aku dapat berjumpa dengan 8 orang ini,” katanya.

Sumber: the fact

loading...