Ham So Won dilaporkan sudah pun bercerai dengan suami yang lebih muda 18 tahun daripadanya, iaitu Jin Hua yang berasal dari tanah besar China, memetik sumber daripada rakan terdekatnya.
Ketika media melaporkan berita perpisahan mereka, Ham So Won menangkap layar gambar artikel berkenaan dan meletakkan kapsyen berbunyi ‘Diam’ di dalam laman instagram miliknya. Netizen beranggapan Han So Won terkedu tidak berkata-kata, dan mungkin sukar untuk menerima hakikat perpisahan mereka. Ham So Won sempat memuatnaik video makan bersama mak mertuanya kelmarin, mendatangkan spekulasi samada perpisahan tersebut seolah-olah dikehendaki oleh suaminya sendiri.
Ini bukan kali pertama Ham So Won dan pasangannya dilaporkan di ambang perpisahan. Khabar angin perpisahan mereka mula bergolak apabila mereka dikatakan menolak untuk muncul semula di dalam TV Chosun ‘Flavor of Wife’. Akan tetapi, mereka tetap menyertai rancangan itu dan mendedahkan mereka masih bahagia meneroka alam rumah tangga.
Baru-baru ini, Han So Won dikritik kerana cuba menyamakan kimchi dengan ‘Pao Chai’ lalu mencetuskan ketegangan dalam kalangan netizen yang dipengaruhi oleh sentimen bencikan China.
Ham So Won berkahwin dengan Jinhua, bekas pelatih idol pada tahun 2018 dan dikurniakan seorang anak perempuan.
Sumber: imaeil