Hari istimewa buat peminat, Doyoung NCT sumbang satu lagu sempena hari jadinya

May be an image of 2 people and indoor

Doyoung NCT menyambut harijadi ke-25 pada 1 Feb 2021 hari ini.

Namun, beliau mahu berkongsikan sambutan harijadinya itu bersama peminat yang menunggunya sejak semalam. Sambil menyumbangkan satu lagu nyanyian cover solo ‘My Everything’ (versi asal dinyanyikan oleh NCT), Doyoung turut mengutuskan surat terbuka buat peminatnya.

Dalam menyatakan hari ini merupakan istimewa buat dirinya dan juga peminat menerusi surat tersebut, Doyoung juga menyampaikan mesej khas buat pembencinya di luar sana.

“Aku sangat suka menyanyi kerana itulah benda aku nak buat sekian lama dulu. Apa-apa yang kurang, bagitahulah aku. Mereka yang ternyata membenci aku memang aku tak boleh paksa untuk menyukai aku. Tapi aku boleh buat dia kurang bencikan aku. Terima kasih,” katanya seperti dipetik di dalam surat tersebut.

Doyoung dijangka akan berlakon buat pertama kali di dalam drama terbaru MBC The Curious Stalker.

Sumber: N/A

loading...